Resipi Rendang Daging dan Cara Buat Rendang Daging


Resepi rendang daging ni, mungkin tak sama dengan orang lain. Resepi ni selain dapat daripada mak, saya juga perolehi ilmu dari mak mertua yang memang hebat dalam masakan tradisional melayu.


Kalau ikut mak saya, zaman dulu orang buat rendang tak perlu tumis macam sekarang pun. Masuk semua bahan-bahan, santan, daging dan semua sekali dalam periuk atau kuali , masak sampai kering sampaila jadi rendang. Minyak akan terhasil daripada santan yang dimasak bersama.
Saya pernah cuba, Alhamdulillah jadi juga.


Resipi Rendang Daging Mak Cik Sitiy
oleh: Mak Cik Sitiy






Bahan-bahan:

1 kg daging lembu/kerbau

Bahan Kisar:
1 labu bawang besar
3 -5 ulas bawang putih
2 inchi halia
2 inchi lengkuas
1 inchi halia
3 batang serai dihiris nipis
2-3 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
cili kering ikut nak banyak mana atau boleh guna cili kisar/cili giling dalam 2-3 sudu


Bahan lain
1 keping asam
2 helai daun kunyit dihiris halus
3-4 helai daun limau purut hiris halus
2 sudu teh garam
1 sudu gula
Minyak untuk menumis
Santan pekat anggaran 3 cawan (1 1/2 biji kelapa)
Santan cair 2-3 cawan (perahan kelapa kali ke dua)
Kerisik dalam 4 sudu makan


 Cara-cara:
  1. Panaskan kuali/periuk 
  2. Masukkan minyak dalam 1/4 cawan (jangan banyak sangat nanti santan akan keluar minyak)
  3. Tumis bahan kisar dan cili hingga pecah minyak warna kemerah-merahan
  4. Masukkan daging. Gaul rata
  5. Masukkan santan cair. Tambah air jika daging tadi tak tenggelam.
  6. Masak guna api sederhana. Biar daging masak hingga agak lembut. Proses ni agak lama
  7. Sambil tu kacau dan balik-balikkan daging .
  8. Bila air dah hampir kering, masukkan kerisik, gula dan garam
  9. Kacau sambil tunggu rendang pecah minyak sekali lagi
  10. Kemudian masukkan santan pekat dan asam keping
  11. Biar kan ia seketika hingga dah agak kering
  12. Masukkan pula daun kunyit dan daun limau purut
  13. Kacau hingga santan pecah minyak dan menghasilkan warna kemerah-merahan.
  14. Bila dah tiada air, santan dah kering dan jadi minyak. tutup api

Untuk menghasilkan rendang yang sedap, kunci utama ialah gunakan santan segar atau perah sendiri santan. Begitu juga dengan kerisik.
Untuk menghasilkan kerisik yang elok pula, sebaiknya tumbuk menggunakan lesung hingga keluar minyak. Buat sendiri, barulah sedap.

Bagi yang belum pernah mencuba, selamat mencuba.

terima kasih





Ulasan