Hidangan untuk 2-3 orang
(bergantung berapa banyak memasing makan hihii)
Resepi Nasi Lemak Mak Dara
Bahan-bahan
2 atau 3 cawan beras
200g santan pekat segar/santan kotak
Setengah inci halia
2 helai daun pandan diikat
Secubit garam
Air secukupnya
Cara-cara
1. Basuh beras seperti biasa (biasanya 3 kali basuh)
2. Masukkan santan.
3. Masukkan air sehingga setakuk jari kelingking dari paras beras. Ini bergantung kepada jenis beras.Senang cerita sukatan seperti masak nasi biasa.
4. Masukkan halia, garam dan daun pandan .
5. Gaul sekejap
6. Masak macam biasa dalam periuk nasi elektrik.
7. Masa masak tu, bila air dah hampir kering, gaulkan supaya santannya rata.
8. Siap.
Tips: Menggunakan santan segar akan menjadikan nasi lemak tersangat sedap, lemak dan berbau harum
Psstt..
Orang Batu Pahat Johor terutamanya Tongkang Pechah, dapatkan santan segar lagi asli dengan hubungi Santan Bestari 0166850461. Bestari best!!!
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...