Air Papan ni kat Mersing. Kami dari Batu Pahat lebih kurang 2 jam baru sampai. Kami bertolak pagi, sampai Mersing dah tengahari jadi kami makan kat Jeti Mersing. Dulu pernah sampai Jeti ni zaman student yang lampau. Masa tu nak pergi pulau Tioman. Kat sinila pelancong2 naik feri nak ke pulau berhampiran. Ada banyak gerai makan kat sini. Lauk pauk memang banyak. Semua menyelerakan.
Kemudian terus ke Air Papan, kami pilih menginap di Air Papan Beach Resort.
Air Papan Beach Resort
Bilik
Bilik kami tu namanya Mawar Merah. Pintu masuk bilik kami tu betul-betul menghadap bukit. Bukit tu di tarah untuk buat apartment penginapan tu. Dalam hati..janganlah ada tanah runtuh..seram mak.... Bilik kami ni ada sliding door dan balkoni serta ada kerusi kat luar. Jadi boleh duduk-duduk tengok pemandangan sambil minum-minum. Kat luar tu ada kolam. Ni yang budak2 paling suka sekali.
Bilik Mandi/Tandas
Bilik mandi luas. Ada hot shower..tapi ada katak ok..Hati-hati..tengok-tengok sikit kat celah tong air. Katak lembik warna hitam berkilat tu sangat menggelikan. Kemudian, akak cedera berdarah ibu jari kaki sebab luka tersepak bucu kat pintu bilik mandi tu. Sangat tajam.
Cawan
Cawan..AllahuAkbar.. Tengokla rupanya. Kopi, creamer semua ada. leh buat air.
Makan
Makanan kita beli sendiri . Kelaur cari kedai2 makan yang berhampiran.
Pantai
Pantai memang cantik. Banyak kulit kerang. Lagi best bila pagi sebab leh tengok matahari naik.. Pemandangan yang cantik dan udara yang segar. Best nya,.
mentari petang sebelah barat |
mentari pagi |
Ok. sekian sahaja cerita jalan-jalan ke Air Papan Mersing. Bye,,
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...