Glow Park Batu Pahat Johor

Malam semalam, bawa anak jalan-jalan ke Glow Park, Batu Pahat,Johor.

Glow Park ni terletak dekat Wet World Batu Pahat (lokasi di Tasik Merdeka, Bukit Pasir, Batu pahat). Bayaran untuk pengunjung 4 tahun ke atas RM8 sorang. Parking pulak RM10..agak mahal. Kalau nak free park..boleh park tepi2 jalan.

Kat situ ada restoren tepi tasik. Tak tau apa menu sebab tak makan pun. Tpi nampak ada seafood seperti udang kara dan tiram. Jadi bolehla duduk tepi tasik sambil menikmati pemandangan yang menarik..^^

Kalau nak jalan-jalan ke Batu Pahat, bolehla ke Wet World..mandi manda kemudian belah malam tengok cahaya-cahaya lampu ala-ala ICT Shah Alam (Ni saya pergi tahun 2010 dulu..sekarang tak tau rupa  nya mcm mana ).

Tengok dari jalan memang cantik. Warga Batu Pahat khususnya bolehla bawak anak-anak jalan sini. Mesti diorang suka sebab ada penguin,kuda dan haiwan2 lain. Ada kipas2 yang berpusing bila ditiup angin.
Oh ya..ada juga perkhidmatan gambar kenangan RM20 sekeping.






Ulasan