Garis Panduan Hiburan Dalam Islam



Pertama sekali tahniah diucapkan kepada JAKIM kerana telah menyediakan garis panduan hiburan dalam Islam . Ia telah  diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-107 pada 10-11 Februari 2015)

Antara objektif garis panduan ini adalah

(a) Memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam aktiviti dan industri
hiburan untuk berkarya tanpa melepasi batasan syarak;

(b) Membantu para penganjur dan pihak penerbit dalam menyusun atur program
yang mengandungi aspek hiburan sejajar dengan didikan Islam dengan
mengambil kira keperluan masyarakat, bangsa, agama dan negara;

(c) Membantu pihak berkuasa untuk memastikan penganjuran program hiburan
dalam bentuk tontonan terpimpin kepada masyarakat secara umumnya
berteraskan akidah, syariah dan nilai-nilai akhlak; dan

(d) Memupuk kefahaman di kalangan masyarakat awam mengenai bentuk hiburan
yang dianjurkan dalam Islam.

Antara isi garis panduan ini merangkumi keperibadian dan penampilan artis .
-Penampilan yang sopan dan beradab hendaklah sentiasa dikekalkan walaupun berada di luar persembahan;
-Berpakaian menutup aurat, kemas dan sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam


Manakalan dalam Penganjuran Program Hiburan pula:
(a) Program hiburan yang dianjurkan hendaklah mengambil kira aspek-aspek
berikut:
i. Manfaat dan kesejahteraan kepada masyarakat;
ii. Tempat yang bersesuaian;
iii. Masa dan hari yang bersesuaian yang tidak menyentuh sensitiviti ajaran
Islam dan masyarakat; dan
iv. Mendapat kelulusan pihak berkuasa sebelum sesuatu program dianjurkan.

(b) Program yang dianjurkan tidak mengandungi perkara-perkara berikut:
i. Unsur-unsur ritual, tanda atau simbol yang bertentangan dengan ajaran
Islam secara langsung atau tidak langsung;
ii. Perbuatan yang diharamkan dalam Islam atau maksiat serta perkara yang
boleh mendorong kepada keadaan-keadaan tersebut;
iii. Keadaan yang membawa kepada kekacauan atau gangguan terhadap
ketenteraman awam;
iv. Acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis
atau permusuhan; 
v. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan semasa mengadakan latihan
atau raptai;
vi. Percampuran antara lelaki dan perempuan di kalangan penonton; dan
vii. Pembaziran dalam penganjuran program.

GARIS PANDUAN PENUH:


Tahniah JAKIM. Harap pihak yang berkenaan memanduang dari sudut positif dan jangan hanya berfikir untuk keuntungan dan kepentingan sendiri sahaja. Rasanya tak ada ruginya kalau pihak penganjur tak mahu langusung mengadakan konsert dengan alasan garis panduan yang terlalu ketat. ITU LEBIH BAIK.

Ulasan