Tips Mengesan Wang Palsu

SHARING IS CARING: Tips Mengesan Wang Palsu

Untuk mengenal pasti sama ada wang kertas yang diterima semasa urusan jual beli adalah tulen atau palsu, sila perhatikan dan periksa ciri-ciri penting berikut yang terdapat pada wang kertas (untuk semua wang kertas):

1. Bezakan kualiti dan periksa ciri cetakan timbul wang kertas

Wang kertas tulen menggunakan substrat (bahan) bermutu tinggi dan oleh itu ia adalah unik berbanding dengan kertas biasa. Anda disarankan supaya memeriksa ciri cetakan timbul yang terdapat pada potret di wang kertas dan pada angka denominasi dan teks.

2. Pegang dan halakan wang kertas ke arah cahaya lampu putih dan perhatikan ciri-ciri berikut:

Potret tiga dimensi DYMM Yang di-Pertuan Agong pertama yang kelihatan lebih terang dan nyata berbanding dengan warna kertas di sekitarnya. Potret ini akan kelihatan tanpa garis-garis yang jelas.

Tanda Pandang Telus - reka bentuk grafik pada bahagian depan dan belakang wang kertas akan kelihatan selari dan membentuk imej corak/numeral yang lengkap.

Benang keselamatan dengan ciri teks mikro yang dijalin secara bersulam pada wang kertas.

3. Sengetkan wang kertas untuk melihat ciri warna/corak yang berubah-ubah pada jalur holografik dan benang keselamatan.

Jalur holografik (bagi wang kertas RM50 sahaja), petak berkilat berwarna, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah dan benang keselamatan kanta mikro (bagi wang kertas RM100 sahaja) akan dapat dilihat apabila wang kertas disengetkan di bawah cahaya terang.
Photo from BNM 

Untuk maklumat lanjut mengenai wang kertas Malaysia, anda boleh melayari laman sesawang Bank Negara Malaysia di pautan berikut http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_mal_currency&pg=en_mal_currency_intro&ac=31&lang=en

Anda dinasihatkan supaya membuat laporan kepada polis dengan segera sekiranya mempunyai atau menerima wang kertas palsu.

Sumber: Portal Rasmi Bank Negara Malaysia

Ulasan