Tip penjagaan di rumah bagi pesakit yang menjalani pembedahan mulut.


Ubat : Pesakit akan dibekalkan dengan beberapa jenis ubat, bergantung kepada jenis dan tahap pembedahan yang dilakukan. Ubat penahan sakit diberikan bagi kawalan kesakitan manakala antibiotik hanya diberikan dalam kes tertentu sahaja. Ubat yang diberikan boleh mempunyai kesan interaksi dengan ubat lain yang sedang diambil pesakit. Adalah penting bagi pesakit memaklumkan kepada perawat berkenaan ubat-ubatan yang sedang diambil bagi tujuan lain terutama dari segi dos , kekerapan dan tujuan preskripsi tersebut.

Kebersihan mulut : Pesakit perlu memastikan kebersihan mulut berada dalam keadaan baik sepanjang proses penyembuhan berlaku. Mulut yang kotor boleh mengundang jangkitan kuman kepada kawasan yang baru menjalani pembedahan dan boleh menjejaskan proses penyembuhan. Pembersihan rongga mulut boleh dilakukan dengan cara memberus gigi seperti biasa. Elakkan terkena kawasan yang baru dibedah. Penggunaan cecair kumuran dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Memberus gigi dan penggunaan flos boleh dilakukan seperti biasa pada hari kedua selepas pembedahan.

Sajian makanan : Makanan keras perlu dielakkan pada hari pertama dan kedua selepas pembedahan. Diet cecair berkalori tinggi dalam kuantiti yang mencukupi amat sesuai diamalkan pada hari pertama selepas pembedahan. Makanan yang sejuk dan lembut contohnya aiskrim dapat membantu memudahkan proses pengunyahan dan penelanan.

Aktiviti harian : Pesakit mesti berehat dan mengelakkan dari melakukan aktiviti berat selepas pembedahan. Dua hari rehat yang mencukupi di rumah dapat mengembalikan kekuatan fizikal dan mental sebelum dapat meneruskan aktiviti rutin harian.

Merokok: Merokok adalah dilarang sama sekali kerana ianya boleh mengganggu proses penyembuhan.
Lawatan dan temu janji berikut: temu janji untuk pemeriksaan seterusnya akan diberikan bagi membolehkan perawat memeriksa dan menilai kesihatan pesakit secara keseluruhan. Penyembuhan kawasan pembedahan dan lawatan susulan selepas seminggu biasanya mencukupi untuk kes pembedahan kecil manakala temu janji yang lebih kerap biasanya diberikan kepada pesakit yang menjalani kes yang lebih rumit.


Banyak INFO mengenai pembedahan oral boleh kita baca di sini http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/pergigian/penjagaan-kendiri/penjagaan-di-rumah-selepas-prosedur-pembedahan-oral

Ulasan