Aku ada sebatang gigi geraham belah kanan bawah yang dah rosak. Gigi ni tumbuh sebelah dalam sebab gigi taring dah amik tempat gigi geraham yang 1st. So gigi ni sepatutnya yang no 2 dari depan. Disebabkan duk kat belah dalam, susah nak bersihkan, jadi ia pun cepat rosak .
Aku buat keputusan untuk cabut.Konon..nak cari klinik yang doktor perempuan, Jadi jumpa la klinik yang doktor nya perempuan. DR W. Aku cakap kat doktor tu, nak cabut gigi..gigi rosak..Dia pun tengok-tengok sikit..tekan-tekan sikit..tanya sakit/tak..Dia pun memulakan operasi..cucuk sana cucuk sini 4 kali cucuk...lepas 10 minit macam tu..dia pun berusaha mencabut tetapi akhirnya..gagal mencabut akar gigi tersebut..
Selesai operasi 'mencabut' gigi tu, doktor tu cuma cakap, tunggu akar naik, datang balik untuk cabut. Tu je..nasihat? Tak ada.
Kat kaunter, dapat ubat tahan sakit dan kapas sahaja ok..total rm95.
Lepas hilang bius, sakit teramat sangat rasanya. Jadi, aku telanla ponstan yang diberi.lepas makan tu, rasa macam bertambah-tambah sakit. memang meroyan lah sakitnya. .berdenyut-denyut tanpa henti. Sampai naik ke kepala.
Keesokan harinya, gusi bengkak..disebabkan doktor tak bagi nasihat apa-apa, aku cari kat internet macam mana nak buat lepas cabut gigi. Aku terjumpa satu blog doktor gigi ni..dia bagitau , kalau bengkak , kumur2 dengan air garam, tu pun lepas 24 jam sebab takut gusi berdarah lagi..Aku pun buat la macam tu..
Lepas 3 hari, bengkak tak surut,sakit tak hilang husband bawa aku pergi klinik lain. Doktor kat klinik tu tanya, doktor yang cabut gigi tu tak bagi antibiotik? Tak scan sebelum cabut? Aku hanya menggeleng..dia pun tersenyum.
Doktor tu scan gigi, tengok bengkak dan gusi, kemudian beri antibiotik dan beri appointment untuk buat surgery buang akar gigi..
Alhamdulillah, lepas makan antibiotik tu bengkak mula surut, tapi sakit masih terasa. Sekarang ni, ada bengkak lagi sikit. Esok nak pegi buang akar gigi, Tak tau la boleh buat ke tak, Sebab belum betul-betul hilang lagi bengkak tu.
Esok datang la jugak bagi dia cek ok ke tak.
Harap-harap, esok pagi bangun tidur, bengkak dah hilang , sakit pun dah hilang. Ingat tak nak buang akar tu sebab tak sanggup nak menanggung kesakitan lagi. Tapi kalau tak buang, takut lain hari ia mendatangkan kesakitan pulak,
bersambung...
Aduhh, sakit tu kak.. kita yg terasa berdenyut2 plk ni. Sabar ye, moga pasni baik2 je
BalasPadammemang sakit. huhu..tapi alhamdulillah sekarang dah ok sikit..
PadamKalau gitu, samalah nasib kita. Saya dulu pun gigi geraham belah kiri bawah rosak. Doktor wanita juga yang cabut kat selayang. Tapi tak dapat cabut habis. Akar dia juga sangkut, dia suruh datang balik minggu depan. Tapi saya datang 3 bulan kemudian. Itupun memang seksa nak cabut, ambil masa 25 minit juga nak buang akar tu. Oklah itu cerita tahun 2010.
BalasPadamSekarang ni pulak gigi geraham belah kanan bawah pulak rosak, Doktor syor cabut!
Tapi mengenangkan seksaan 3 tahun tu masih tak boleh lupa, saya sanggup makan ubat sakit gigi daripada cabut. Terpulanglah, kalau sanggup tahan sakit, cabut. Kalau tak, makan ubat je.