Ingin sekali saya kongsi kepada semua. Jum kita periksa arah kiblat kita. Semoga tiada keraguan.
Artikel di ambil dari http://falakonline.net/semesta/2013/05/28-mei-2013-kembali-jom-periksa-arah-kiblat-kita/
Sebagaimana ramai yang sedia maklum, esok 28 Mei 2013, matahari akan bergerak di atas matahari atau lebih dikenali sebagai Istiwa Matahari di atas Kaabah.
Kejadian yang berlaku tepat pada jam 5.16 PM waktu Malaysia itu membolehkan kita, umat Islam, menyemak kembali arah kiblat atau lebih popular ‘arah sejadah’ kita, samada ia masih tepat ataupun sudah terpesong sedikit.
Jangan salah anggap, arah kiblat tidak berubah, tetapi yang mungkin beranjak ialah tandaan kiblat di rumah, pejabat atau sekolah kita. Maklumlah pelbagai faktor seperti kecuaian diri, yang memungkinkan kedudukan sejadah kita selama ini terubah secara tidak sengaja.
Bagaimana caranya? Amat mudah.
Pacakkan kayu, atau gantung tali, atau cari sisi bangunan atau tiang yang tegak 90 darjah.
Pada jam 5.16 PM, perhatikan kedudukan bayang-bayang yang terbentuk.
Garisan bayang-bayang objek tadi apabila dihalakan ke arah matahari, akan tepat menunjukkan arah kiblat.
Panduan Boleh download di SINI.

Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...