Panduan pemakanan untuk kanak-kanak petatih dan
pra-sekolah
Sumber :Infosihat
Piramid Makanan Malaysia |
Aras 1: Bijirin dan
ubi-ubian
- Beri anak
anda lebih banyak makanan dari kumpulan ini.
- Kumpulan
makanan ini adalah sumber paling baik untuk karbohidrat yang membekalkan
tenaga kepada anak anda.
- Kumpulan
ini juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sejumlah protein.
- Contoh :
Nasi, mee, roti, pasta, bubur, capati dan biskut
- Anak anda
memerlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari.
Satu hidangan bijiran dan
sumber bijiran dan ubi |
Bilangan hidangan sehari
|
|
2-3 Tahun
|
4-6 Tahun
|
|
1 Keping roti "whole meal"
1/2 Cawan Nasi 1/2 Capati 1 Cawan bubur 1 Biji sederhana kentang Keping biskut - Krim Krakers masin |
6*
|
8*
|
* Nota: Bilangan hidangan sehari bererti jumlah
hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.
Aras 2: Buah dan sayur
- Berikan
anak anda lebih makanan daripada kumpulan ini.
- Ia
membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada anak anda.
- Anak anda
perlukan sekurang - kurangnya 2 hidangan setiap hari.
Satu hidangan bijiran dan
sumber bijiran dan ubi |
Bilangan hidangan sehari
|
|
2-3 Tahun
|
4-6 Tahun
|
|
1/2 Cawan sayur-sayuran hijau yang telah di masak
1/2 Cawan buah-buahan / sayur-sayuran |
2*
|
2*
|
Satu hidangan buah-buahan
|
||
1/2 Biji jambu sederhana
1 Biji kecil atau sederhana buah oren, sejenis buah berwarna hijau (pear, epal) 1 saiz sederhana pisang 1 hiris betik, nenas, tembikai |
1*
|
1*
|
* Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah
hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.
Aras 3: Ikan, ayam, daging,
kekacang, susu dan hasil tenusu
- Anak anda
harus mengambil makanan dalam kumpulan ini dalam kuantiti yang sederhana
- Makanan
dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral
- Keperluan
untuk anak anda ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam, itik, daging dan ubi -
ubian dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan hasil tenusu setiap hari.
Satu hidangan ikan, ayam, itik, daging dan ubi-ubian.
|
Bilangan hidangan sehari
|
|
2-3 Tahun
|
4-6 Tahun
|
|
1 Potong sederhana "peha ayam"
1 Ekor ikan kembong sederhana 2 Ketul daging saiz kotak mancis 5 Sudu penuh ikan bilis tanpa kepala
Nota : 1 Ketul daging berukuran kotak mancis
= 1 Biji telur sederhana = 1 Keping tempe = 1 Keping tauhu = 2 sudu makan mentega kacang = 1/2 Cawan ubi-ubian / kacang yang telah dikeringkan = 4 Ekor udang bersaiz kecil |
2*
|
2*
|
Satu hidangan hasil tenusu
|
||
1 Gelas susu
1 Cawan dadih 1 Keping Keju |
2 - 3 *
|
3 *
|
* Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah
hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.
Aras 4: Lemak, minyak dan
kumpulan gula
- Pastikan anak
anda kurangkan pengambilan daripada kumpulan makanan jenis ini.
Menggalakkan anak
untuk makan
Ibu atau penjaga harus menyelia anak semasa waktu makan, walaupun ketika mereka mempunyai selera yang baik. Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memberi galakan kepada anak anda untuk makan. Di antaranya ialah:
Ibu atau penjaga harus menyelia anak semasa waktu makan, walaupun ketika mereka mempunyai selera yang baik. Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memberi galakan kepada anak anda untuk makan. Di antaranya ialah:
- Duduk
dengan anak semasa dia makan. Perhatikan apa yang dimakan dan berikan
bantuan dan galakan semasa anak menikmati hidangan.
- Berikan
masa kepada anak anda menikmati hidangan mereka, jangan terburu -buru.
Beri ruang untuk dia bermain sedikit semasa makan.
- Beri pujian
kepada anak anda kerana makan dengan baik..
- Berikan
anak anda makanan dalam bekas berasingan agar dia mendapat jumlah makanan
secukupnya.
- Berikan
jenis makanan yang boleh dipegang atau diambil sendiri untuk
menggalakkannya berdikari, tetapi pastikan jumlah makanan yang secukupnya
diperolehi oleh anak anda
- Jika anak
anda memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan semua jenis
makanan lain bersama makanan kegemarannya.
- Berikan
makanan sebaik sahaja anak anda berasa lapar. Jika anak anda menunggu
terlalu lama untuk makan kemungkinan selera anak anda hilang
- Jangan beri
anak anda makan jika dia mengantuk
- Jangan
memaksa anak anda untuk makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan mungkin
mengurangkan selera makan. Waktu makan seharusnya tenang dan
menggembirakan.
- Jangan
berikan banyak minuman sebelum atau semasa anak anda menikmati hidangan
kerana boleh mengganggu selera makannya.
- Bermaian
permainan semasa waktu makan untuk meningkatkan lagi selera anak untuk
makan (menyanyi dan bermain)
- Gunakan
kreativiti anda dalam menghidangkan makanan kepada anak anda. Ia penting
dalam membantu merangsang selera anak anda.
- Sekali
sekala bawalah anak anda makan diluar. Contoh :- di taman permainan atau
di pantai.
- Galakkan
anak anda mengambil snek yang berkhasiat. Contoh: susu, buah dan sandwich
- Elakkan
daripada memberi snek terlau dekat dengan waktu makan utamanya.
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...