Seperti yang kita ketahui sebelum ini, minuman berkarbonat berbahaya kepada kesihatan antaranya boleh mengakibatkan penyakit jantung. Berita kali ini mendedahkan satu lagi akibat terlalu banyak mengambil minuman berkarbonat. Di Sydney seorang pemuda berusia 25 tahun telah kehilangan kesemua giginya dan terpaksa memakai gigi palsu pada usia yang sangat muda.
William Kennewell, bekerja sebagai petugas hotel di Adelaide, Australia, mengakui, dia meminum sekurang-kurangnya lapan liter minuman ringan setiap hari bersamaan dengan kira-kira 12 tin minuman ringan 335 milimeter.Katanya, remaja normal biasanya mempunyai 23 batang gigi, tetapi dia hanya mempunyai 13 batang gigi sahaja dan kesemuanya terpaksa dicabut.
Jelasnya, dia telah diberi nasihat berulang kali oleh doktor gigi tentang tabiatnya mengambil minuman ringan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatannya.
"Disebabkan gigi saya mengalami kerosakan yang teruk, keadaan itu mengakibatkan saya mengalami keracunan darah dan membuatkan saya mudah jatuh sakit.
"Namun, kesihatan saya bertambah baik sejak memakai gigi palsu dan saya berharap orang ramai dapat mengurangkan pengambilan minuman ringan," katanya. - AGENSI
nasib baik 5zol dah jrg minum air gas...
BalasPadam