Meteor Besar Jatuh di Rusia

Satu siri letupan di langit wilayah Ural Rusia, dilaporkan disebabkan oleh hujan meteor, telah mencetuskan panik dalam tiga bandar-bandar utama. Saksi berkata bahawa  tingkap bangunan pecah dan telefon bimbit tidak berfungsi. Fenomena atmosfera itu telah direkodkan di bandar-bandar Chelyabinsk, Yekaterinburg dan Tyumen. Tabloid Lifenews melaporkan bahawa sekurang-kurangnya satu objek jatuh menyebabkan kerosakan di atas tanah di Chelyabinsk. Menurut laporan awal, ia terhempas ke dinding berhampiran kilang zink, mengganggu sambungan gentian optik pembekal internet dan operator mudah alih. Saksi berkata, letupan itu begitu kuat menyerupai gempa bumi dan guruh , dan kelihatan kepulan asap yang besar di langit. Ada yang melaporkan melihat objek terbakar jatuh ke bumi.



Sumber:
http://www.russianmachineneverbreaks.com/2013/02/14/what-is-happening-in-chelyabinsk/
http://nasawatch.com/archives/2013/02/incoming-wild-m.html

Ulasan

  1. Allahhuakbar nasib baik tk jatuh kat sini..kalu kat rusia tu pon jgn la kat Kawasan org Muslim rusia..

    BalasPadam
  2. Kuasa Allah. Tiada sesiapun yang tahu kehadirannya...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...