Berita baik untuk pencarum KWSP. Dividen melebihi 6% . Semoga jangkaan itu benar belaka.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan dividen lebih enam peratus untuk kira-kira 8.3 juta pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 2012.
Kali terakhir KWSP mengumumkan dividen lebih enam peratus adalah pada 1999, iaitu 6.84 peratus.
Tahun lalu, KWSP mengumumkan kadar dividen enam peratus bagi tahun kewangan berakhir 2011, iaitu tertinggi dalam tempoh 10 tahun, berbanding 5.8 peratus (2010) dan 5.65 peratus (2009).
Bayaran keseluruhan dividen bagi 2011 adalah sebanyak RM24.27 bilion, berbanding RM21.61 bilion pada 2010, peningkatan 13.23 peratus.
Pengurus dana pencen itu dijangka mengumumkan dividen dan keputusan kewangan 2012, minggu ini.
Sumber memberitahu BH, dividen tinggi itu berikutan suasana kewangan dan ekonomi yang semakin baik sepanjang 2012.
Disember lalu, akhbar melaporkan KWSP meraih pendapatan sebanyak RM7.02 bilion bagi tempoh suku ketiga tahun lalu, naik 3.24 peratus daripada RM6.80 bilion yang diraih dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Bagi tempoh Julai hingga September itu, pendapatan daripada pelaburan KWSP dalam portfolio pinjaman dan bon meningkat 65.64 peratus kepada RM3.06 bilion daripada hanya RM1.85 bilion (2011).
Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol, berkata di sebalik persekitaran yang mencabar dalam tempoh itu, pinjaman dan bon berjaya menghasilkan pulangan yang luar biasa berikutan beberapa transaksi taktikal pasaran modal, sekali gus mengatasi pelaburan dalam portfolio lain dalam tempoh sama.
Sementara itu, difahamkan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengadakan pertemuan hampir tiga jam dengan pengurusan KWSP, semalam, bagi membincangkan pelbagai perkara membabitkan pekerja swasta.
BH

Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...