Pelakon Zain Saidin mengambil pendekatan mendedahkan kepada umum untuk menikahi aktres Rozita Che Wan pada penghujung tahun ini bagi memastikan wanita itu tidak lagi menjadi mangsa gosip dengan mana-mana lelaki lain.
Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, dia berbuat demikian kerana agak kurang senang apabila Rozita sering kali dilaporkan mempunyai hubungan dengan lelaki lain sedangkan mereka sebenarnya sedang hangat bercinta.
"Saya kurang senang apabila dia selalu digosipkan dengan pelbagai lelaki sehingga dia menjadi bahan cercaan masyarakat.
"Saya berterus terang mengenai hubungan kami untuk mengakhiri gosip dia dengan orang lain kerana kami sedang bercinta," ujarnya kepada mStar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangannya untuk berkahwin dengan Rozita pada Disember depan, Zain berkata, kenyataan itu dibuat secara ikhlas apabila disoal media mengenainya
Zain bagaimanapun memberitahu perkara itu terletak pada jodoh serta rezeki dan sebagai manusia dia hanya mampu merancang.
"Apabila wartawan bertanya saya cuma menjawab dengan ikhlas situasi sebenar kami dan memberitahu jika ditakdirkan ada jodoh kami akan berkahwin tambahan pula hubungan kami kini serius," jelasnya.
Sementara itu, Zain berkata, kekasihnya itu tidak mengulas panjang mengenai pendedahannya tentang hubungan mereka kerana perancangan untuk berumah tangga masih lagi jauh.
"Insya-Allah jika ada jodoh dan rezeki mungkin kami dapat bersatu pada Disember ini tetapi itu hanya perancangan dan saya tidak mahu lagi mengulas lanjut mengenai soal ini, tunggu hujung tahun kita tengok macam mana," katanya.
Media beberapa hari lalu melaporkan pengakuan Zain untuk berkahwin dengan Rozita, 40, dan mengakui hubungan mereka itu sememangnya serius.
Zain turut dilaporkan ada menghantar kuntuman bunga mawar kepada Rozita ketika penggambaran telefilem Anak Ikan di Pork Dickson, Negeri Sembilan hujung tahun lalu sebagai membuktikan cinta mereka.
Selain Zain, Rozita sebelum ini pernah dikatakan menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki muda seperti bintang bola sepak Asraruddin Putera Omar, Shahir (AF8), Beego dan Shah Iskandar.
Rozita dalam kenyataan balasnya pula mengambil pendekatan untuk tidak mahu berbicara tentang perkara itu selain berkata sekiranya ada jodoh, mereka akan kahwin kerana pada ketika ini masih peringkat mengenali hati budi masing-masing.
Artikel asal mStar
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...