Kepada mereka yang tertanya-tanya bagaimana Adik William boleh hilang. Petikan dari Sinar Harian..
Anak kedua dari tiga beradik itu hilang Rabu lalu di Putra Heights, Subang Jaya. Menurut polis, seperti yang dilaporkan media, ada pihak yang membuat panggilan (telefon) dan meminta wang tebusan daripada ibu bapa kanak-kanak tersebut.
Tetapi apabila ditanya berhubung kanak-kanak itu, panggilan dimatikan dan disusuli pula SMS yang mengatakan mereka berbuat demikian “hanya sekadar main-main”. Sesetengah orang kita memang tidak berhati perut, perkara sedih seperti ini pun dibuat gurauan!
Tentu sekali orang yang paling berduka nestapa – tidak lalu makan, tidak lena tidur – adalah ibu bapa kanak-kanak tersebut. Mereka menyesal di atas kesilapan yang dilakukan pada hari malang itu.
Kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Kata pepatah lagi, malang tidak berbau. Sebab itu kita patut selalu beringat dan berwaspada. Tetapi, ada ketikanya kita alpa. Selalu juga kita dalam keadaan selesa, macam tidak ada apa-apa, atau kata mat salih take things for granted.
William bersama abangnya berusia tujuh tahun dan adik perempuannya yang baru berusia setahun, ditinggalkan dalam kereta dengan cermin tingkap terbuka, kira-kira jam 8.30 malam. Kedua ibu bapanya keluar untuk membeli mesin basuh di sebuah kedai elektrik.
Menurut cerita si abang, adiknya keluar untuk mencari ibu dan bapa sebab si bayi yang baru berusia setahun itu menangis. Tidaklah dapat dipastikan ke mana William pergi, atau ke mana dia dibawa. Yang pasti dia tidak kelihatan sehingga hari ini.
Bayangkan, tiga kanak-kanak yang masih hingusan, termasuk seorang yang baru berusia setahun, dibiarkan dalam kereta. Tanpa pengawasan orang tua. Dengan cermin tingkap terbuka. Dan, pada waktu malam pula!
Kalau pun semuanya tidak keluar dan duduk dalam kereta, pelbagai musibah boleh terjadi. Mungkin ada perompak membuka kereta dan mencuri barang-barang berharga. Mungkin ada orang jahat yang sengaja hendak mencederakan budak-budak tersebut. Malah, mungkin ada yang melarikan bayi berkenaan.
Tetapi, ini bukan kali pertama kita mendengar kanak-kanak ditinggalkan dalam kereta. Sudah selalu sangat kita membaca kisah seperti ini. Ada ayah membeli rokok dan meninggalkan anak kecil dalam kenderaan yang enjinnya tidak dimatikan. Ada ibu membeli minuman dan membiarkan anak kecil terkoteng-koteng dalam kereta.
Pernah juga kita membaca kanak-kanak yang dibiarkan dalam kenderaan dengan enjin tidak dimatikan, dilarikan oleh penjenayah yang mencuri kenderaan tersebut. Kanak-kanak malang itu akhirnya didamparkan di tempat lain, tetapi kenderaan tidak ditemui.
Ada juga cerita kanak-kanak terkunci dalam kereta ketika ditinggalkan bersendirian semasa ibunya keluar sebentar untuk membeli barang di kedai. Cemas sekampung melihat kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa itu menangis dan menggelepar kerana terkurung dalam kereta. Malah, tidak lama dulu, ada kanak-kanak mati kepanasan gara-gara ditinggalkan oleh keluarganya bersendirian di dalam kereta!
Tetapi cerita-cerita cemas, mendebarkan lagi menyayat perasaan itu tidak pernah mengajar kita. Orang kita tidak serik-serik mengulang benda yang sama. Sesetengah ibu bapa menganggap anak-anak boleh ditinggalkan sekejap dalam kenderaan, termasuk yang injinnya dan alat pendingin udara sengaja tidak dimatikan.
Kenderaan, tidak kira semahal dan secanggih mana, bukanlah tempat yang selamat untuk meninggalkan kanak-kanak walaupun hanya seminit dua. Sebab kecelakaan boleh terjadi dalam sesaat.
Memang malang tidak berbau. Tetapi patut juga ditanya – secara jujur tanpa prejudis – di mana keprihatinan kita sebagai ibu bapa?

Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...