gambar dari beritasemasa.com
Isu utama adalah segelintir sikap penyokong pasukan Kelantan yang emosional, kurang berhemah, kurang rasional ketika menyaksikan perlawanan yang membabitkan pasukan mereka. Mereka ini harus dididik untuk lebih menghormati orang lain.
Berita dari myMetro Oleh Mohd Hilmie Hussin
Putrajaya: “Saya tidak fikir wajar bagi mana-mana pihak yang memiliki askar peribadi dan bersenjata, membabitkan diri dalam aktiviti sukan di negara ini,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika mengulas tindakan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim membawa sekurang-kurangnya enam askar peribadi ke Stadium Sultan Muhammad IV, di Kota Bharu, 15 Januari lalu.
Beliau menganggap perkara itu serius dan perlu dipandang berat kerana semua negeri di Malaysia selamat.
“Saya pandang berat hal ini dan juga pelbagai perkara yang berlaku dalam bola sepak sejak akhir-akhir ini. Banyak perkara yang bukan kelaziman kini semakin kerap berlaku.
“Saya rasa pada perlawanan itu, polis mengendalikannya dengan baik dan tidak perlu ada askar peribadi, malah jika perlu sekalipun, polis akan meminta bantuan tambahan.” Justeru, sebagai menteri, beliau mahu isu membabitkan Kelantan dan Johor Darul Takzim itu diselesaikan segera dan pihak tertentu, semestinya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu memastikan kontroversi seumpama itu tidak berulang.
“Bagi saya kontroversi dalam sukan itu ada baiknya kerana ia boleh menggalakkan lagi peminat datang ke stadium namun kontroversi seperti ini tidak boleh berterusan hingga menjadi kebiasaan pula.
“Selama ini orang tidak tahu yang di negara ini wujud askar peribadi tapi kini semua orang tahu dan terkejut,” kata Shabery. Telahan Shabery itu ada benarnya kerana jika FAM menghalalkan tindakan TMJ itu, tidak salah rasanya jika pasukan lain selepas ini turut membawa askar sendiri bertandang ke tempat lawan.
Begitupun FAM tidak mengambil sebarang tindakan untuk meredakan isu ini, sebaliknya hanya menunggu aduan rasmi dibuat, menunjukkan badan induk bola sepak itu tiada pendirian kerana mereka pernah menyiasat satu kes membabitkan pemain Kelantan dan Selangor (Muhammad Ghaddar dan Bunyamin Umar) tanpa sebarang aduan.
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...