Bayi Maut Salah Suntik

Berita yang saya baca kat Berita Harian ini amat mengejutkan. Ini adalah berita yang sangat tak ingin kita dengar. Kecuaian pihak hospital mengakibatkan  nyawa seorang cahaya mata yang dinanti-nanti melayang. Macam mana nurse boleh suntik bayi tu dengan ubat kecut rahim. Ni mesti berangan buat kerja ni. . Akibatnya bayi tersebut mengalami  kecederaan teruk pada organ dalaman serta kepala dan mengakibatkan kematian. Kali ni bukan hospital kerajaan, tapi hospital swasta. Tak sebut pula hospital mana. Bagitau je..buat apa nak selindung.  Yang  pilunya, si ibu tak sempat lagi nak cium dan pegang bayi dia.

Antara petikan berita tersebut:

Ipoh: Sepasang suami isteri memfailkan saman atas kecuaian kakitangan hospital swasta di sini, yang didakwa menyuntik ubat mengecutkan rahim sehingga menyebabkan kematian bayi lelaki mereka. 
Juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Petaling Jaya, Selangor Mohd Helmi Mohd Isa, 30, dan isterinya, Norehan Abdul Hassan, 30, yang bertugas sebagai pensyarah di sebuah politeknik di Tanjung Malim memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini, semalam. 
Mereka yang berkahwin tiga tahun lalu, mendakwa kecuaian itu menyebabkan bayi pertama mereka yang dilahirkan pada 5.19 petang, 13 April lalu menerusi pembedahan, maut dengan kecederaan teruk pada organ dalaman serta kepala. 
Norehan berkata, bayinya yang dinamakan Muhammad dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna fizikal, sebelum dimaklumkan bayinya kritikal. 
Gambar hiasan

Ulasan

  1. Ya! allah...kesiannya. Takziah buat parents baby nih. Al-fatihah utk arwah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...