AES tak beroperasi musim perayaan


Mesti ramai yang suka baca berita ni. Tapi kena beringat la bila memandu balik kampung tu. Patuhi hadlaju. Jangan memandu macam hiway tu litar sepang, jangan nak mencilok-cilok tengah hiway. Jangan nak tunjuk hebat.



Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak akan beroperasi sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina bulan depan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha. 

Begitupun, katanya, penguatkuasaan undang-undang jalan raya tetap diperketatkan di kawasan terbabit dan yang berisiko tinggi menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). 

“Kita tidak akan menggunakan AES sepanjang musim perayaan kerana perkara itu masih belum diputuskan oleh Peguam Negara. 

“Bagaimanapun, operasi bersepadu tetap berjalan seperti biasa dan kita mahu semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan demi keselamatan nyawa orang ramai,” katanya selepas merasmikan Majlis Derma Darah anjuran Kelab Lions Sitiawan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Pundut di sini kelmarin. 

Cho Ha yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata, JPJ akan menempatkan anggotanya yang menyamar sebagai penumpang bas ekspres sepanjang operasi bersepadu itu. 

Katanya, langkah itu perlu bagi memerhati dan mencatatkan kesalahan lalu lintas serta tingkah laku pemandu bas ekspres sepanjang perjalanan bagi mengelak sebarang kemalangan membabitkan perkhidmatan pengangkutan awam itu. 

Beliau berkata, JPJ juga menjalankan penguatkuasaan lain termasuk pemeriksaan bas ekspres di 64 depoh bas yang dimiliki syarikat bas ekspres utama. 
“Penggunaan kenderaan perkhidmatan awam pada tahun ini dijangka meningkat kepada 21 peratus berbanding 17 peratus tahun lalu. 

“Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan JPJ bagi memastikan bas dinaiki selamat dari segi teknikal serta pemanduan,” katanya.
-http://www.bharian.com.my

Ulasan

  1. salam ziarah.

    Sudah follow..

    http://lobam-bam.blogspot.com/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...