Sakit Bersalin -Pengalaman-


Tentu ramai kawan-kawan kat luar sana yang bakal bergelar ibu berdebar-debar menanti kelahiran cahaya mata. Mesti tertanya-tanya bagaimana rasanya sakit nak bersalin.

Pengalaman bersalin setiap ibu sudah tentu berbeza. Ada yang sakit lama dan ada yang sekejap. Mengikut pengalaman saya, sakit bersalin anak pertama sangat lama. Saya induce sebab dah post date 9 hari. Berbelas jam dalam labour room. Bersalin kali kedua, Alhamdulillah, sakit tak lama dan bersalin awal dari edd. Dalam labour room pun tak lama. 

Apakah tanda-tanda nak bersalin? Macam mana rasanya?  Setiap orang berbeza dan apa yang saya alami ialah contraction yang kerap. Sakit rasa macam sakit period. Tapi lebih kuat.Sakit dari pinggang ke depan. Sampai ke kaki.. Mula-mula dalam setengah jam sekali, kemudian semakin kerap dalam 10 minit sekali. Sakit pula semakin kuat. Perut pula rasa memulas. Rasa nak buang air besar je. Mungkin dalam 2 ke 3 kali rasa nak buang. Tapi tiada tanda sama ada turun darah atau pecah air ketuban.
Saya ke hospital bila sakit setiap 5 minit dan contraction yang lama. Nasib baik hospital dekat. 

Nak bersalin memang sakit. Tapi, semua ibu akan merasainya. Untuk menambah semangat, saya katakan pada diri, kalau orang lain boleh, aku pun boleh..orang lain kuat, aku pun kuat. Berdoalah sepanjang masa. Hanya Allah yang dapat membantu kita saat mengharungi kesakitan tu. Banyak petua dan doa yang boleh diamalkan. Search je kat google,yahoo atau mana-mana search engine. Mesti jumpa. 

Ada orang memilih untuk mengambil epidural. Ia boleh membantu kurangkan sakit. Atau mungkin perlu atas sebab yang tak boleh dielakkan dan atas sebab perubatan.  Kesakitan itu membuat kita insaf dan lebih menghargai ibu kita. Bagaimana kita sakit, begitulah dia sakit melahirkan kita. 

Selamat melahirkan untuk para ibu yang bakal menimang cahaya mata...






Ulasan

  1. iye sakit tak sama..
    qienah ari tu amik epidural cz doc suggest tkut jd drh mkin tggi ms branak..ada drh tggi ms pregnant.. mmg xrs skitpn tp 1jm+ sblum branak de trase skit yg amat. sbr je..mmg betul kt kn hrgai ibu kt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bahaya tu darah tinggi. Memang kenala amik epidural. Yang penting baby dan ibu selamat...

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...