Jalan- jalan Edisi Bukit Fraser

Destinasi siri jalan-jalan kali ini adalah Bukit Fraser. 

Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut[1]. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.(http://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Fraser)



Di sini kami menginap di Shahzan Inn. Harga berpatutan RM150 satu malam. Booking online dengan Agoda. Tak pasal-pasal kena bayar charge tambahan RM30. Terpaksala bayar RM180. 



Selepas sarapan, jalan-jalan menikmati udara segar dan sejuk diwaktu pagi. Nak cerita sikit pasal sarapan kat Shahzan Inn ni. Pilihan makanan sangatlah terhad. Ada mee goreng, roti dan bubur nasi dan adalah yang side dish sikit-sikit. Kemudian, bila kami dah nak keluar, barulah diarang keluarkan menu lain. Grrr...kenapa tak keluarkan semua je awal-awal. Kalau habis topup la...

Iffah main-main apa tah...

Ni Klinik Kesihatan. Klinik Desa dekat dengan Taman Awam

Pejabat Pos Bukit Fraser. 

Balai Polis Bukit Fraser 

Macam mana nak berada didua negeri dalam 1 masa? Macam ni la...Sempadan Selangor dan Pahang. 





Taman Awam Jalan Pokok Pine. Sebelah ni ada kedai makan dan kedai cenderehati. Kat sini baru nampak ramai orang.

Banglo besar dan kereta besar.  

Kerusi merah. Belakang tu Padang Golf.

 Tempat wajib ambil gambar di Bukit Fraser.

Nak kemana?

On the way balik. Tingginya

Ada sungai. Macam best je. 

Ulasan