Bayi Mati Akibat Shaken Baby Syndrome (SBS)


SBS adalah kecederaan otak yang serius yang berlaku apabila orang dewasa menggoncang bayi dengan kuat atau  ganas (penderaan). Ia juga boleh berlaku kepada kanak- kanak. Biasanya  ia berlaku apabila orang dewasa marah kerana bayi tidak mahu berhenti menangis . Atau kecewa dengan kanak-kanak yang agak sukar untuk diajar sesuatu.

Gambar dari brainline.org

KUALA LUMPUR: Pendarahan dalam otak akibat 'Shaken Baby Syndrome'(SBS) dikenal pasti punca kematian seorang bayi perempuan yang berusia setahun di Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan pagi tadi mendapati bayi itu, mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan tiada sebarang kesan kecederaan fizikal di badan.

"Menurut ibu mangsa berumur lingkungan 30-an yang menetap di Ampang Hilir, memaklumkan bahawa anaknya dalam keadaan kritikal kerana kesukaran untuk bernafas pada Rabu lepas dan segera membawanya ke HKL semalam untuk pemeriksaan," katanya kepada Bernama, hari ini. Beliau berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BERNAMA

Ulasan