Kejutan Subuh 9 Zulhijjah

Subuh tadi, kami dikejutkan dengan laungan takbir raya yang mendayu2. Pastu...ehhh hari ni dah raya ke.? Rasa macam hari ni hari Khamis...ataupun aku telah tertidur selama satu hari tak bangun2.... Tapi orang lain kat rumah ni pun terkejut juga. Kenapa dah takbir subuh2 9 Zulhijjah ni...bese malam baru takbir..
So, find out jap...bilakah waktu takbir hari  raya aidiladha yang sebenar-benarnya...terjumpa kat blog ustaz love..takbir raya aidiladha start lpas subuh 9 zulhijjah.  Satu lagi kat sini. Ish..baru la tau...kalau tak, sampai bila tah baru nak tau perkara ni..Aduh...jahilnya diriku ini...

Ulasan