Cerita Pajak Emas Agrobank dengan Bank Rakyat - Part 1


Pada suatu hari, saya ke Agrobank untuk memajak gadai emas sebab nak guna duit sikit. Saya pilih nak pajak di Agrobank sebab alat ujian ketulenanya lebih tepat daripada Bank Rakyat berdasarkan pengalaman saya sebelum ni.

Sebelum ini saya pajak di Cawangan Tasik Selatan dengan tiada apa-apa masalah. Cuma sekarang saya bekerja di Nilai, jadi saya cuba la nak berurusan di cawangan Nilai sebab dekat dengan tempat kerja. Malangnya pegawai Ar Rahnu tak nak berurusan dengan alasan bahawa saya tinggal di Serdang, jadi kena pegi cawangan di sana.

Tetapi saya meminta supaya saya boleh berurusan di Nilai. Takkan nak amik cuti sebab nak berurusan dengan cawangan Agrobank yg berdekatan dengan tempat tinggal. Jadi dia meminta saya membawakan utility bil sebagai bukti. Saya pulang dengan hampa. Tak sangka pulak Agrobank cawangan Nilai ni banyak pulak cekadak sedangkan sebelum ni di cawangan lain tiada masalah.

Keesokannya saya kembali dengan membawa bil. Tetapi banyak pulak soalan yang diajukan seolah2 menyuruh saya ke cawangan lain.Dah berkali-kali saya katakan yang saya kerja di Nilai, jadi tak boleh ke nak gadaikan kat Nilai? Habistu kalau orang yang keje kat KL tapi rumah kt Johor camne? Bole pulak dia jawab kena buat kat rumah jugak.

Saya tunjukkan kepadanya emas yang nak digadai iaitu 3 bentuk cincin belah rotan. Ada pulak alasan baru, katanya "kita tak terima cincin belah rotan, kalau yang ada corak2 boleh" Saya tidak puas hati dan mula rasa nak marah meminta penjelasan kenapa tak boleh. Katanya polisi baru memang macam ni. Masalahnya sebelum ni saya pernah pajak cincin ni tanpa masalah. Malas nak buang masa lalu saya ambil cincin tersebut lalu terus keluar.

Nak cuba pajak di Bank Rakyat di Nilai ni pulak. Dari pengamatan saya, Agrobank Cawangan Nilai ni menampakkan bahawa mereka tak berminat nak berurusan Ar-Rahnu ni, banyak cekadak.

Bersambung.......

Ulasan

  1. Sepatutnya mereka memudahkan kita..

    BalasPadam
  2. Macam-macam hal.. Boleh tak cakap semua benda or procedure sekali jer.. terangkan semua skali..tak der la nak pergi sampai 2-3x tapi problem tak selesai jugak..

    BalasPadam
  3. Boleh buat laporan ke pengurusan Agrobank.
    Biasanya staf yang banyak songeh malas buat kerja, bukan sebab polisi bank. sepatutnya staff mudahlan urusan pelanggan.

    Kawan kene kat maybank, nak buat akaun untuk isteri je. Satu cawangan banyak songeh, staff berlagak. Satu lagi cawangan senang je buat urusan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...