Benarkah Elfira dan Randy Bercinta

Elfira dikatakan sedang bercinta dengan Randy Pangalila. Namun Elfira menafikan gosip tersebut Dengan sekeras-kerasnya.




Elfira-gambar dari mstar

KUALA LUMPUR: Aktres remaja Elfira Loy menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang sekali lagi mendakwa dia sedang menjalinkan hubungan cinta secara rahsia dengan aktor Indonesia Randy Pangalila.
Pelakon berusia 18 tahun itu berkata, dakwaan yang sudah berulang kali diperkatakan itu membuatkan dia berasa buntu untuk terus memberikan penjelasan.
“Saya sudah tidak tahu bagaimana hendak jawab mengenai perkara ini. Walaupun saya cakap tidak bercinta pun, orang akan tetap tuduh saya ada hubungan dengan dia (Randy).
“Hakikatnya, memang kami tiada apa-apa hubungan serius melainkan kawan biasa sahaja,” katanya ketika ditemui mStar Online.
Gosip yang mengaitkan pasangan muda ini bermula sejak setahun lalu ketika mereka bergandingan dalam telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang arahan Michael Ang.
Elfira berkata, dia tidak bimbang atau takut untuk menafikan perkara itu kerana ia memang tidak berlaku biar pun dia terpaksa menghadapinya berulang-kali.

Ulasan