Puding Roti Untuk Berbuka


Resepi Puding Roti Simple.

4 keping roti
1 tin susu cair ( krimer sejat)
3 biji telur
4 sudu gula
1 sudu esen vanila
Kismis
Mentega

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius selama 10 minit.
2. Pukul gula dan telur (hingga gula larut) . Kemudian masukkan susu dan esen vanila
3. Sapukan mentega pada permukaan roti disebelah bahagian sahaja. Potong roti kepada 4 bahagian
4. Susun roti dalam loyang dan taburkan kismis.
5. Tuangkan campuran susu ke dalam loyang yang berisi roti. Biar seketika hingga roti kembang.
6. Masukkan ke dalam oven. Bakar selama 30 minit.


Ulasan