Pembiayaan Peribadi Menggunakan Kredit Masa Berbual Sebagai Cagaran


Rupanya ada kaedah baru nak buat pembiayaan peribadi..Boleh guna kredit masa berbual sebagai cagaran....

PETALING JAYA 15 Julai - Kepesatan industri telekomunikasi negara kini telah membuatkan alat peranti seperti telefon bimbit atau perkhidmatan perhubungan dianggap sebagai barangan keperluan ataupun komoditi.

Hal itu sebenarnya telah membuka idea kepada syarikat IDOTTV Sdn. Bhd. (IDOTTV) untuk mengendalikan perkhidmatan pembiayaan peribadi berlandaskan syariah menggunakan kredit masa berbual sebagai cagaran bagi meluluskan pembiayaan, dinamakan sebagai As-Sidq.
Pengarah Produk IDOTTV, Halim M. Dzin berkata, kredit masa berbual yang dianggap sebagai komoditi itu akan dicagarkan semasa proses permohonan pembiayaan antara peminjam, pihak bank, syarikat telekomunikasi serta pembeli tersedia.
Jelasnya, kaedah tersebut telah bermula sejak 2009 dan mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia sebagai salah satu bentuk kewangan berlandaskan konsep Islam, kerana menepati piawaian yang memerlukan komoditi - dalam kes ini adalah kredit masa berbual untuk pembiayaan.

Ulasan

  1. wahh... dah macam2x cara ye nak buat pinjaman peribadi sekarang ni....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...