Hantu Pukul Budak?

Sejak akhir-akhir ni, banyak kes kecederaan dan kematian bayi di pusat asuhan. Ada kes tersedak susu, terjatuh atau mungkin juga dipukul oleh pengasuh. Berita dari myMetro kat bawah ni lagi mengarut. Bagi alasan budak tu lebam sebab kena pukul dengan hantu. Siapa yang nak percaya?



KUALA LUMPUR: Dipukul hantu. Itu helah digunakan sebuah pusat asuhan di Wangsa Maju, di sini, selepas seorang bayi berusia enam bulan yang dijaga lebam di muka angkara tindakan pekerja pusat itu.

Ibu mangsa, Azizah Abdullah, 31, berkata, kecederaan pada muka anak bongsunya itu disedari ketika mengambil bayinya di pusat asuhan jam 8 malam pada 10 Julai lalu.

Menurutnya, tanpa bertanya, seorang pekerja pusat asuhan itu berusia awal 20-an menerangkan anak perempuannya dipukul hantu menyebabkan dia sangsi dengan penjelasan berkenaan.

Katanya, selepas disoal dan didesak beberapa kali, pekerja terbabit menyatakan kanak-kanak lain pula yang mencederakan anaknya namun kesan lebam pada muka anaknya bersaiz besar dari mata hingga ke rahang.

“Selepas balik rumah, saya menunjukkan kesan lebam itu kepada suami sebelum kami membawanya ke klinik dan sangkaan saya tepat apabila doktor mengesahkan kesan lebam itu bersaiz ukuran jari orang dewasa.

“Sebaik menerima laporan perubatan, saya menghubungi pemilik pusat asuhan itu namun dia enggan bertanggungjawab mahupun meminta maaf di atas kecuaian pihak mereka,” katanya ketika ditemui di Jalan Tun Razak, semalam.

Beliau berkata, sebaik pulang ke rumah, dia menyoal anak sulungnya yang berusia lapan tahun yang dihantar ke pusat asuhan sama dan anaknya menyatakan adik perempuannya itu menangis tanpa henti sejak petang pada hari kejadian.

Lebih mengejutkan, bayi itu turut ditinggalkan bersendirian dalam bilik berikutan tidak berhenti menangis dan percaya dia ditampar seorang daripada pekerja pusat asuhan berkenaan.

Katanya, anak sulungnya memaklumkan bukan sahaja bayi berkenaan menjadi mangsa lepas geram pekerja namun seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia dua tahun sering dipukul pekerja sama.

Beliau berkata, disebabkan tidak puas hati dengan kecuaian pusat asuhan terbabit dia membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.

“Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan pusat asuhan terbabit yang bertindak kejam ke atas kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.


Dulu pernah hantar anak ke pusat asuhan. Anak selalu tak sihat. Tak nak dah hantar kat nursery lagi....

Ulasan

  1. Susah jugak nak percaya alasan macam-macam dari nursery ni. Nak cari yang jujur ni payah betul.
    Kalau dapat sedara mara sendiri yang jaga tu legalah sikit. Tapi kalau dah tercampak kerja negeri lain, mane nak carik sedara jaga lagi huhu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...