SEGAMAT: Serbuan pasukan penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) di sebuah rumah di Tebing Tinggi, dekat sini, membongkar perbuatan seorang remaja berusia 18 tahun yang baru saja merogol pelajar Tingkatan Dua, dalam kejadian awal pagi semalam.
Selain itu, penguat kuasa turut menahan enam lagi lelaki berusia 16 tahun hingga 24 tahun di rumah berkenaan yang dipercayai bersubahat dengan membiarkan saja perbuatan rogol berkenaan.
Ketua Polis daerah, Superintendan Hanafi Daud, berkata kejadian dipercayai berlaku antara jam 11.30 malam hingga 5 pagi semalam, sebelum penguat kuasa menyerbu rumah berkenaan.
Katanya, mangsa berusia 14 tahun itu yang tinggal di Jalan Medoi, dekat sini dikatakan pergi ke rumah itu dengan menunggang motosikal dengan seorang rakan lelaki yang dikenali menerusi laman sosial.
“Pada mulanya mangsa bertemu dengan rakannya yang juga berusia 18 tahun di kedai makan di Bukit Siput sebelum membonceng motosikal ke sebuah rumah di Tebing Segamat untuk bertemu rakan lelaki berkenaan.
“Rumah itu dikatakan milik seorang daripada enam lelaki itu dan ketika kejadian keluarganya tiada di rumah. Setiba di rumah itu mangsa dikatakan pergi ke tandas sebelum suspek yang berusia 18 tahun menariknya ke sebuah bilik dan merogolnya,” katanya.
Hanafi berkata, pada masa yang sama pasukan penguat kuasa JAJ menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kes khalwat.
Katanya, dalam serbuan itu JAJ menahan tujuh lelaki dan seorang wanita selepas dimaklumkan mengenai kes rogol berkenaan, jabatan berkenaan membuat laporan di Balai Polis Jementah.
Beliau berkata, susulan kejadian itu, pihaknya menahan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, manakala enam rakannya dibebaskan dengan jaminan keluarga.
“Polis masih menyiasat kes itu dan mangsa dibawa ke Hospital Segamat untuk pemeriksaan,” katanya.
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...