Risau Bayi Kurang Aktif???

Hari ini baby aktif tak? Dah berapa kali gerak? Kadang-kadang kalau sibuk buat kerja, lupa pasal pergerakan baby. Mungkin dia ada gerak, tapi kita tak perasan. Lepastu mula la risau. Jadi saya nak kongsi apa yang saya jumpa ni dengan semua semoga menjadi panduan yang berguna. Petikan artikel dari www.babycenter.com.my



Berapakah tendangan yang patut saya rasakan dalam satu hari? 

Semasa anda sedang sibuk, anda mungkin kurang menyedari pergerakan bayi anda. Anda akan lebih menyedari pergerakan ini semasa anda sedang duduk berehat. 

Kajian aktiviti fetus menunjukkan bahawa pergerakan bayi semasa dalam rahim menunjukkan pola berjaga dan tidur yang berlainan. Tiada jumlah tendangan yang boleh dianggarkan secara purata. Namun begitu, setelah sampai ke peringkat akhir dalam kehamilan, anda mungkin sudah mengetahui dan boleh menentukan pola pergerakan bayi anda. 

Saya tidak terasa gerakan bayi saya hari ini; patutkan saya bimbang? 

Jika anda sibuk melakukan sesuatu, anda mungkin tidak menyedari pergerakan bayi anda. Sekiranya anda mahukan ketenangan fikiran, ada beberapa cara untuk merangsang bayi supaya bergerak:
  • Baring secara mengiring (dengan mengampu punggung) dan jangan bergerak.
  • Angkat kaki ke atas dan relaks.
  • Halakan bunyi musik ke perut anda.

(Ada juga terbaca, kalau nak rangsang baby gerak, minum air manis. Bole cuba. Tapi jangan pulak minum banyak sangat)

Tidak lama dahulu, wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan fetus. Anda perlu merekod berapa kali pergerakan bayi berlaku sehingga anda mendapat jumlah 10 tendangan, seelok-eloknya pada masa yang sama setiap hari. (sekarang pun masih lagi diamalkan)

Walau bagaimanapun, carta seperti ini telah menjadi kurang popular disebabkan penyimpanan rekod sedemikian mudah dilupai, dan juga didapati sukar untuk memadan dan mengimbangkan pola tendangan tersebut. Ini telah menyebabkan kebimbangan di kalangan wanita berkenaan yang tidak sepatutnya berlaku. 

Sebaliknya, fahamilah pola gerakan bayi anda dalam waktu anda berjaga dan sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, hubungilah doktor anda dengan segera. 

Apa-apa pun, ikutlah nasihat doktor atau nurse. Kalau rasa tak sedap hati, baik jumpa doktor terus. 

Ulasan

  1. hari ni rsa prgerakkn bayi dlm kandungan kurang..tak sprti hari2x biasa...adakah itu normal?? pda wktu mlm sya try cra mainkn lgu letak ats prut..cuma boleh rsa sdkit prgerakkn...apa ptut sya buat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...