Zat besi (iron) adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.
anemia-sumber |
Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (< 12-15mg/dl), wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi.
Kekurangan zat besi dalam badan mungkin disebabkan
- diet yang tidak cukup zat besi,
- penyerapan rendah oleh badan,
- kesan sampingan ubat tertentu,
- keadaan genetik,
- kehilangan darah teruk dan
- kehamilan.
Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.
Dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi semasa hamil, bertambah daripada 15 kepada 27mgfr/dl sehari.
Wanita yang pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa bersalin, melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang menyusukan bayi akan berisiko kekurangan zat besi.
Gejala Anemia
Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju.
Kesan Anemia
Kekurangan zat besi boleh mengakibatkan kelahiran bayi pramatang dan mendapat bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan (bayi kecil). Risiko lain, keguguran, koma serta peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.
Menambah Zat Besi
Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi.
Bagi meningkatkan keberkesanan dan mengurangkan kesan rencatan, ibu-ibu disyorkan agar mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink tambahan bersama makanan.
Selain itu, pengambilan vitamin C membantu meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan kadar serapan jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.
Jangan minum teh atau kopi selepas makan kerana ia juga akan menghalang penyerapan zat besi yang terdapat dalam hidangan. Makan atau minum minuman yang bervitamin C bersama hidangan untuk meningkatkan penyerapan iron.
Justeru wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan darah mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil serta empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.
Rujukan:
Pernah gak terkene anemia nih, reading 9.0, masa tuh, Doc monitor, bagi ubat...alhamdulillah, lepas 2 minggu, dah ok...:)
BalasPadamnasib baik saya ambil Herbalife. tak perlu risau kekurangan zat besi sebab semua nutrisi yg diperlukan oleh badan manusia ada dalam Herbalife ;)
BalasPadamI Love Herbalife
last week 11.4 ..biasa > 12...kna usaha tambah lagi
BalasPadam