Pendatang Asing Punca Tibi Merebak

Kebanjiran pendatang asing di Malaysia tidak dapat dinafikan. Jika kita berkunjung ke sesetengah tempat di negara kita yang aman damai ini, kadang-kadang kita seakan-akan sedang melancong ke luar negara. Ada yang datang secara sah dan ada yang datang secara haram. Dan ada pula yang datang ke negara kita ini, membawa penyakit berbahaya. Apatah lagi mereka tidak melakukan pemeriksaan kesihatan yang sepatutnya.

Gambar Hiasan

Ini berita terbaru mengenai penyakit TIBI yang dibawa oleh pendatang asing ke Malaysia

KUALA LUMPUR: Jumlah pendatang asing tanpa izin (Pati) di negara ini dilihat sebagai salah satu faktor mengapa penyakit Tuberkulosis (Tibi) sukar dikawal dan dicegah, kata Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR), Datuk Dr Abdul Razak Muttalif.

Beliau berkata kebanjiran Pati yang tidak melakukan pemeriksaan kesihatan yang diselia oleh Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) menjadi pembawa utama penyakit itu TURUT merebak di kalangan penduduk negara ini. "Melalui pemerhatian IPR, kami lihat faktor Pati yang tidak melakukan pemeriksaan kesihatan setelah tiba di Malaysia berpotensi menjadi pencetus merebaknya penyakit ini. "Selain itu, faktor kurangnya kesedaran umum pesakit juga merupakan mengapa penyakit ini yang boleh dirawat menjadi sukar untuk dicegah," katanya kepada Bernama di pejabatanya di sini hari ini.

Katanya kebanyakan pesakit Tibi tempatan yang tidak dapat dirawat adalah disebabkan mentaliti pesakit yang menganggap bahawa simptom batuk kering adalah batuk biasa.

"Saya hairan dengan pemikiran masyarakat kita terutamanya orang Melayu yang sering menyalah tafsir batuk kering yang dihadapi dengan merujuk dengan ahli perubatan tradisional.

"Mereka (pesakit) lebih cenderung untuk mendapatkan rawatan tradisional walhal simptom batuk kering tesebut berpunca daripada Tibi," katanya. Antara simptom Tibi adalah batuk yang berpanjangan melebihi dua minggu, hilang selera makan, demam, berpeluh waktu makan, susut berat badan dan batuk berdarah. Dr Abdul Razak turut menegur mentaliti pesakit tibi yang beranggap simptom batuk kering yang dihadapi berpunca daripada ilmu hitam.

Katanya tempoh lama yang diambil untuk merujuk dengan doktor menyebabkan masalah Tibi yang dialami makin merebak ke paru-paru.

Beliau juga memaklumkan pembawa Human Immunodeficiency Virus (HIV) merupakan individu yang 20 kali ganda berisiko untuk terkena jangkitan Tibi.

"Pesakit HIV lebih terancam mendapat Tibi disebabkan sistem pertahanan badan mereka yang tidak kuat," katanya.


Katanya sebanyak 20,666 kes Tibi telah dilaporkan di Malaysia tahun lepas, manakala tahap pencegahannya masih tidak mencapai 85 peratus seperti yang ditetapkan oleh IPR pada tahun lalu. - BERNAMA

Dah baca artikel ni? Penyakit Pendatang Asing Yang Kerja di Malaysia

Ulasan

  1. salam;
    Kawalan kesihataan untuk pekerja asing mesti ketat..jangan dipandang ringan.harap kerajan ambil tegas tentang perkara ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...