Kontroversi lagi minah ni.
Dari Media Hiburan
Mislina Tak Kisah Dikritik
Oleh: EDITORIAL MH
Tarikh: 21 Jun 2012
Dari Media Hiburan
Mislina Tak Kisah Dikritik
Oleh: EDITORIAL MH
Tarikh: 21 Jun 2012
MH Online terkejut melihat beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh rakan Facebook pelakon kontroversi, Mislina di akaun miliknya.
Gambar-gambar tersebut memaparkan Mislina dalam keadaan separuh bogel dengan hanya mengenakan bikini sahaja di salah sebuah pulau.
MH yang menghubungi Mislina punya penjelasan tersendiri berhubung gambar berkenaan.
"Saya tak kisah apa orang nak cakap pasal saya lagi. Sebab sebelum ini saya sudah banyak menerima kritikan dan cemuhan sehingga dikatakan murtad, tidak beragama dan banyak lagi.
"Jadi untuk apa saya komen lebih-lebih fasal gambar ini kerana orang sudah terlebih dahulu menilainya. Walaupun saya bercerita yang baik, perkara buruk juga yang diperkatakan tentang diri saya.
(Adeke benda baik pasal gambar berbikini tu? )
"saya sudah malas nak memikir dan melayan semua itu sejak peristiwa di perhimpunan Bersih hari itu. Saya sudah tak kuasa masuk campur dalam dunia hiburan," jelasnya dalam nada tegas.
Ditanya reaksi tentang penyebaran gambar-gambar tersebut oleh rakan Facebook nya, jawab Mislina;
"Untuk apa saya marah kerana kawan-kawan saya juga berada ditempat yang sama dan mereka tahu keadaan saya. Saya dah cukup kebal untuk semua itu."
*Walaupun awak tu dah tak nak masuk campur dalam dunia hiburan atau dah tak nak jadi artis, awak masih perlu mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar .
setuju sgt2 ngan kata2 adik tuu
BalasPadamhuhuh sedih bila ada manusia macam nie ;(