Assalamalualaikum dan selamat pagi. Saya nak dedikasikan artikel yang saya jumpa ni, khas untuk suami tercinta. Semoga terus berusaha dan tidak putus asa.
SELEPAS menyertai maraton pertama, Teresa Goh berkata kepada diri
sendiri itulah penyertaan pertama dan terakhir dalam sukan tersebut.
Waktu
itu apa yang ada dalam fikirannya adalah bukan mudah bagi wanita berusia
sepertinya untuk menyelesaikan cabaran berlari lebih dari satu kilometer.
Lagipun
sama seperti wanita lain yang sudah bersara, dia ingin menikmati keselesaan
hidup tanpa memberi tekanan kepada diri sendiri.
Namun
tanggapan bekas pegawai bank itu nyata tidak seperti yang disangkanya sendiri.
Selepas
maraton pertama, Teresa umpama 'ketagih' menyertai satu demi satu maraton di
dalam dan luar negara.
Sejak
kali pertama hingga kini jumlah penyertaannya dalam sukan maraton telah pun
mencapai ke angka 29 kali.
Bayangkan
itu semua dilakukan oleh nenek berusia 71 tahun selepas dia mula bersara.
Apa
pun Teresa mempunyai ceritanya sendiri terhadap 'kegilaan' tersebut.
"Selepas
bersara, saya menjalani pemeriksaan kesihatan dan pada ketika itu doktor
memberitahu bahawa paras kolesterol saya agak tinggi.
.
.
"Doktor
memberi saya pilihan sama ada untuk makan ubat atau mengubah cara hidup dengan
bersenam. Tentu saya memilih untuk bersenam.
"Kebetulan
ketika itu bentuk badan saya agak gempal dengan berat sehingga 64 kilogram pada
ketinggian yang tidak begitu tinggi.
"Memang
saya akui zaman saya bekerja, saya banyak abaikan kesihatan diri, amat jarang
melakukan senaman kerana waktu kerja yang padat. Namun itu semua berubah
selepas saya mengetahui tahap kesihatan diri.
"Saya
mulakan rutin senaman dengan menyertai kelab atlet yang diberi nama Pacesetter
Malaysia. Ia satu kelab untuk berlari. Dari situ saya mulakan larian, kalau
tidak silap saya pada tahun 2001. Sejak menyertai Pacesetter saya baru sedar
bahawa saya boleh berlari.
"Selepas
enam bulan menyertai kelab tersebut barulah saya bersedia untuk maraton pertama
saya iaitu separuh maraton (half
marathon) di Kuala Lumpur," cerita Teresa yang ditemui di Taman
Tasik Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kehadirannya
di taman tasik itu bagi melakukan latihan untuk acara larian KL Marathon
anjuran Standard Chartered yang bakal berlangsung pada 24 Jun nanti.
Sambung
Teresa lagi, selepas half marathon pertama itu dia menyertai pula Larian
Jambatan Pulau Pinang pada usianya ketika itu mencecah 61 tahun.
"Waktu
itu perasaan saya pada sukan ini sudah mula berbeza berbanding penyertaan
pertama, saya teruja menanti setiap kali ada pertandingan baru.
"
Anak-anak saya juga memberikan galakan penuh, mereka juga aktif dalam sukan.
"Tambah
mengejutkan saya paras kolesterol saya juga semakin baik. Ia turun ke paras
normal.
"Malah
bukan itu sahaja, berat badan saya juga menjadi ideal dengan 50 kilogram. Saya
berasa sungguh sihat dan 'muda, " kata Teresa yang terus maraton bagi
mencabar diri sendiri.
http://utusan.com.my/
http://utusan.com.my/
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...