Tablet '1Malaysia Pad' kini di pasaran


MalTechPro Sdn Bhd hari ini memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali '1Malaysia Pad' yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.
Harga pengenalan RM999, selebar 7 inci, dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger. Pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.
Menggunakan sistem Android, dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G.
Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web  http://www.maltechpro.com/  atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara.

Sumber:BERNAMA

Ulasan

  1. kalau harga RM999, better beli samsung tab 7.0 je..tmbh skit dah leh jamin barangan tu xde prob...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...