Siapa Irshad Manji

Sedikit sebanyak mengenai Irshad Manji.
`
Irshad Manji dilahirkan di Uganda pada 1968. Dia seorang berfahaman Islam liberal yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Dia merupakan rakyat Kanada. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sejarah intelektual dari Universiti of British Columbia.

Projek Ijtihad, sebuah pertubuhan yang diasaskannya juga bertujuan mempromosikan pemikiran kritis, perbezaan pendapat serta perdebatan tentang ajaran Islam.

Pertubuhan itu turut didokong golongan reformis Islam dan penganut-penganut agama lain

Irshad yang secara terbuka seorang homoseksual(Lesbian) telah menjayakan segmen untuk rancangan Studio 2 di TVOntario pada pertengahan 90-an, mengetengahkan pandangan-pandangan progresif dalam debat bersama pemberita konservatif Micheal Coren. Beliau seterusnya menerbit dan mengacarakan QT: QueerTelevision untuk Citytv, lewat 90-an yang berpusat di Toronto. Antara lain program tersebut mengupas isu-isu komuniti LGBT setempat, selain penerbitan paparan kisah dan kehidupan homoseksual Muslim dalam dunia Islam.

Rujukan:wikipedia

Ulasan

  1. inilah rupa irsyad manji.dh glamor kt msia skang..isk isk nauzubillah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...