Perkembangan fetus - hamil 35 minggu

Hari ni, pegi buat check up. Keluar rumah 6.40. Sampai klinik pukul 7, dah ada orang beratur. Pukul berapa la diaorang ni keluar rumah. Husband tolong que tunggu pintu buka untuk amik nombor. Dapat no 6, masa tu pukul 7.23. Siap check pkl 9 a.m. Alhamdulillah semua ok. Minggu depan datang lagi dan jumpa doktor untuk scan. Lepas ni kena check tiap-tiap minggu sampai bersalin. Minggu ni dah 35 minggu. Camne gaknye baby dalam perut ni ek.

Excited nak tahu camne la baby ni sekarang, google jap perkembangan fetus 35 minggu. Jumpa ini. Inilah isi dia lebih kurang...

Berat bayi anda sekarang 5.25 paun / 2.4 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut
Cecair amnion(ketuban) semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi ruang dalam uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya. Anda mungkin telah menambahkan berat badan anda antara 25 ke 30 paun / 11 ke 13.6 kilogram dan penambahan ini sampai memuncak pada minggu ini. Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar. Anda mungkin terasa agak sesak nafas sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk anda (kadang-kadang)
Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air - bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap  (minuman yang sedap dan susah nak elak..huhu)..

Ulasan