Haram sertai perhimpunan cetus huru-hara, kekacauan

Haaa...bagus berita ni. Mana-mana umat Islam yang ada hati nak berdemonstrasi YANG BERTUJUAN TIDAK BAIK, NAK TIMBULKAN HURU-HARA lepas ni, batalkan sahaja niat tu. Tak payahla nak berdemo-demo sangat. Sebab Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan bahawa HARAM untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara

SEPANG 6 Mei - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.
Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.
"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.
 "Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di sini. - BERNAMA
Semoga tidak ada lagi perhimpunan seperti perhimpunan BERSIH yang lepas. Konon berjanji tidak akan ada huru-hara dan kacau-bilau.  Tapi, tengoklah apa yang terjadi. Kejadian seperti itu, amat memalukan negara dan boleh menjejaskan ekonomi.

Ulasan

  1. tapi fatwa kat malaysia ni mostly cam ikut pihak berkepentingan je.kalau tak takkan la sampai pernah kuar yang pasal fatwa zakat pe sume tu.yusuf qardawi cakap harus je.UAI pon cakap takpe.hmmm

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...