Pelajar disangka hilang lari ikut suami orang

Satu lagi kes yang menyusahkan orang dan memalukan keluarga. Apa nak jadi budak zaman sekarang? Sikit-sikit lari ikut boyfriend. Ibu bapakah yang harus dipersalahkan kerana kurang perhatian dan didikan? Berita dari www.bharian.com.my


KUANTAN: Kehilangan seorang pelajar ketika keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit di Jerantut Isnin lalu terjawab apabila gadis itu mengikut teman lelakinya ke bandar ini.

Difahamkan, gadis terbabit, Nornabila Mat Yaacob, 15, yang dikatakan bermasalah selain enggan meneruskan pelajaran ditemui selamat bersama teman lelakinya berusia 26 tahun yang sudah beristeri dan mempunyai seorang cahaya mata. Lelaki terbabit dipercayai mengambil gadis berkenaan di Taman Koperasi, di Jerantut, pada malam Isnin lalu sebelum dibawa ke bandar ini. Ketua Polis daerah Jerantut, Superintendan Azid Ismail, berkata susulan laporan yang dibuat keluarga mangsa, gerakan mencari dijalankan sebelum gadis terbabit ditemui dalam keadaan selamat selepas dihantar teman lelakinya ke sebuah kedai serbaneka di Taman Tas, di sini, kira-kira jam 10 malam, kelmarin.

“Ibu kepada gadis terbabit ada menghubungi teman lelaki anaknya sebelum dimaklumkan Nornabila berada dalam keadaan selamat dan tinggal bersama bapa saudara lelaki berkenaan di sini.

“Gadis berkenaan sudah dibawa pulang keluarganya ke Jerantut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, pelajar terbabit dikatakan pernah melarikan diri dari rumah sebelum ini dan mengikut lelaki sama sebelum pulang semula ke pangkuan keluarga. Beliau berkata, polis tidak mengklasifikasikan kes terbabit sebagai culik kerana pelajar berkenaan secara sukarela lari dari rumah untuk bersama kekasihnya.

Ulasan

  1. sebab yg mcm ni la org tak heran dgn org org hilang!

    BalasPadam
  2. Bila Cinta Membutakan hati dan perasaan...Inilah jadinya.

    BalasPadam
  3. salam;
    Kata orang dulu..'kecik2 tak mahu mati sudah besar menyusahkan orang'.

    BalasPadam
  4. aduhai...mcm2 karenah anak remaja sekarang ni....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...