KECEDERAAN bahu kanan yang dialami jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bukan sesuatu yang membimbangkan.
Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berkata, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan mengenai situasi yang dialami pemain No. 1 dunia itu.
Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa Chong Wei masih berada di landasan yang tepat dalam misi memburu pingat emas pertama kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London, Julai depan.
"Kecederaan Chong Wei tidaklah teruk seperti mana yang disangka. Namun, apa jua keputusan, kita perlu tunggu rawatan susulan yang akan dilakukan Chong Wei sebaik pulang ke Malaysia nanti.
"Apa yang pasti, kecederaan itu tidak akan sesekali menjejaskan persiapan Chong Wei bagi menghadapi Sukan Olimpik nanti," kata Seu Bock ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Terdahulu, Chong Wei gagal dalam misinya memburu kejuaraan hatrik pada kejoha- nan badminton Seluruh England 2012 selepas terpaksa menarik diri pada aksi final menentang bintang sensasi China, Lin Dan yang berlangsung di Arena Tertutup Nasional Birmingham, England awal pagi semalam.
Ia gara-gara kecederaan bahu kanan yang dialami juara Seluruh England pada edisi 2010 dan 2011 itu ketika aksi suku akhir menentang perse- orangan Indonesia, Diony- sius Hayom Rumbaka.
Chong Wei yang tewas 19-21 pada set pertama terpaksa menarik diri ketika ketinggalan 2-6 pada set kedua kerana sudah tidak mampu menahan kesakitan yang dialaminya.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Chong Wei turut gagal menyamai rekod lagenda badminton negara, Wong Peng Soon yang bergelar juara sebanyak tiga kali berturut-turut iaitu pada edisi 1950, 1951 dan 1952.
Peng Soon turut merangkul gelaran juara Seluruh England pada 1955.
Bagaimanapun, Seu Bock menganggap keputusan pemain berusia 30 tahun itu me- narik diri adalah tepat.
"Memang Chong Wei kecewa kerana dia sememangnya mahu melakar kejuaraan hatrik pada Seluruh England. Namun, dia dapat menerimanya kerana ia disebabkan kecederaan yang dialaminya.
"Keputusannya (Chong Wei) menarik diri daripada meneruskan perlawanan juga adalah tepat kerana bimbang ia akan mendatangkan risiko yang lebih besar kepada diri- nya," jelas Seu Bock.
Dalam pada itu, Seu Bock mengesahkan bahawa Chong Wei tidak akan beraksi pada Terbuka Switzerland yang membuka tirainya di Basel hari ini.
P/S Beban berat sangat sebab pemain lain tak boleh diharap..?:)
kesian.. harap cepat sembuh dan beraksi cergas
BalasPadam