Fatiha Dilarikan Orang


Siti Nur Fatiha Mahadi,15 dari Taman Tas 6 Kuantan dipercayai diculik oleh dua lelaki dan seorang wanita tidak dikenali, kelmarin. Sebelum kejadian, mangsa bersama dua adiknya ke kedai telekomunikasi di taman terbabit, kira-kira jam 3 petang.

Anak sulung kepada pasangan Mahadi Muda, 40, dan Nor Mala Mohd Lazin, 33, dipercayai pergi ke kedai terbabit kira-kira 100 meter dari rumahnya untuk membeli kad tambah nilai pra bayar bersama dua adiknya, Muhamad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aishah, 11.

Mahadi (bapa mangsa) merayu pada orang ramai yang mengenali dan menjumpai anaknya supaya berhubung dengannya di talian 019-9897807/019-9813361 ataupun menghubungi balai polis berhampiran.

Semoga adik Fatiha segera dijumpai dalam keadaan yang selamat dan semoga penjenayah dapat ditangkap secepat mungkin serta dijatuhi hukuman yang setimpal.

Ulasan

  1. salam;
    Takut aku sekarang ini..rasa tak selamat betul kat luar nun..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...