Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua???Hari ni hari Jumaat dan hari Ahad ni, kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Mesti ramai yang balik kampung. kan kan kan??? Kite pun nak balik kampung jugak. Tapi sekarang ni, musim hujan. Cuaca pun tak menentu. Mungkin kita akan beraya dalam hujan. Dan harap-harap tak banjir. Takut pulak berlaku ribut seperti di Kedah baru-baru ni. Ada baiknya kita mengikuti atau menyemak ramalan cuaca terutama hujan lebat dan ribut petir yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi.
Cuaca tidak menentu sepanjang Aidiladha - Jabatan Meteorologi
04/11/2011 6:36pm
KUALA LUMPUR 4 Nov. – Cuaca tidak menentu diramalkan di kebanyakan negeri sepanjang sambutan Hari Raya Aidiladha Ahad ini dengan cuaca baik di kebanyakan negeri pada sebelah pagi manakala hujan serta ribut petir pada sebelah petang dan malam.
Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata keadaan cuaca yang tidak menentu itu adalah ekoran monsun peralihan yang biasanya dikaitkan dengan hujan atau ribut petir pada sebelah petang.
Beliau berkata keadaan cuaca di kebanyakan tempat pada sebelah pagi dijangka baik, kecuali di beberapa tempat di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang diramalkan hujan di beberapa tempat.
Sementara itu hujan di satu dua tempat di kawasan pantai diramal akan berlaku di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka manakala hujan sementara di satu dua tempat dijangka di Kudat, Tawau, pedalaman dan pantai barat Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.
Pada sebelah petang, hampir semua kawasan mengalami ribut petir di satu dua tempat terutama di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Perak serta pantai barat dan pedalaman Sabah manakala di Sarawak dan bahagian lain Sabah pula diramal akan mengalami hujan sementara di satu dua tempat.
Pada sebelah malam pula beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Sarawak serta beberapa kawasan di pedalaman Sabah, seperti Sandakan serta di bahagian pantai barat negeri itu akan mengalami hujan.
Beliau berkata keadaan cuaca yang tidak menentu ini berlaku ekoran monsun peralihan yang biasanya dikaitkan dengan keadaan cuaca yang ada ribut petir atau hujan di sebelah petang. - Bernama
Jum tengok ramalan cuaca oleh :
Jabatan Meteorologi Malaysia
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Dikeluarkan pada pukul 07:42PM, 04 November 2011
AMARAN KATEGORI PERTAMA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak (Miri), WP. Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Condore, Reef North, Reef South, Layang-Layang dan Palawan dijangka berterusan sehingga Rabu, 9 November 2011.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
SEKSYEN B : AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH - Kemaskini
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Perlis, Kedah, Langkawi, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor, Pahang, Kelantan, Sarawak, Sabah(Kudat), Selat Melaka Utara, Bunguran, Reef North, Layang-layang dan Palawan dijangka akan berterusan sehingga lewat malam, Jumaat, 4 November 2011.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
Sekian...selamat bercuti ...
wahh.. baru bercadang nk bercuti di pangkorr. sobs.
BalasPadam