Salam...entry kali ni, sekadar nak meluahkan rasa tak senang dengan penampilan artis wanita Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Sejak kebelakangan ini, mata kita sering disajikan gambar-gambar panas dan seksi artis-artis wanita kita. Berpakaian seperti memakai kemban, menampakkan bahagian belakang badan, mendedahkan sebahagian dada dan sebagainya. Nampaknya semakin hari semakin menjadi-jadi.
Seharusnya diwujudkan etika berpakaian dan penampilan untuk artis-artis ini, kerana mereka adalah public figure. Ambil tindakan disiplin kalo langgar kod etika berpakaian. Mereka ini menjadi ikutan remaja-remaja kita. Tahniah kepada artis-artis wanita yang sudah berhijrah dan berpenampilan lebih sopan seperti Irma Hasmie, Catriona Ros, dan Nora J. Semoga yang lain pun ikut jejak mereka. Tapi ada dengar jugak yang dah pakai tudung bukak tudung, pakai tudung luar lokasi je, ada pulak berpelukan degan lelaki dalam lakonan, pakai tudung macam tak pakai pun ada...kata nak pakai tudung tapi tak jadi pun ada...Janganla macam tu. Macam main-main pulak.
Okay lah. sekian sahaja sesi luahan perasaan buat kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
abg pon dh menyampah tgk artis 2 kita ni..byk sgt -ve
BalasPadamsaja artis tu nak buat gempak..setidak2nya boleh jadi perhatian org..glamourlah konon.
BalasPadamtak yah la anggap artis sebagai role model...
BalasPadamNabi Muhammad kan ada ....
artis malaysia mcm2 pesen ada.nilah dunia hiburan nye realiti.
BalasPadamartis pmpn tu klu nk pakai baju mesti nak atas lutut...menyampah..
BalasPadamsangat setuju ngan entri awak..dh naik rimas dah nengoknye..
BalasPadamNak wat cna..Xde pndirian mereka2 nih
BalasPadamsetuju setuju
BalasPadamthe problem is only tip of the iceberg...
BalasPadamthere is more and more bigger unsolved problem waiting in the water.
masalah yang nampak ini adalah hasil daripada masalah lain yang kurang nampak di mata kasar
let us educate our children