Paip sumbat lagi

Alamak, tengah syok basuh pinggan tiba-tiba paip sumbat lagi laaa. Kalau sumbat dalam perangkap bawah sinki  senang la ini dalam paip bawah lantai. Nak panggil tukang paip confirm ratusan ringgit terpaksa dikeluarkan. Bagaimana nak mengatasi masalah ni?
Berdasarkan pengalaman yang lepas, baik saya cuba soda batu untuk menyelesaikan masalah paip tersumbat ni.
Saya pun pergi mendapatkan soda batu di kedai hardware. Ni la gambar soda batu kalau siapa yang belum pernah jumpa tu. Harganya RM8.00 sepaket. Ada juga yang lagi murah tapi kuantitinya sedikit la.

Soda batu


Sampai dirumah saya terus masak air. Bila air dah masak, saya masukkan sepaket ke dalam paip kemudian terus tuang air yang mendidih tu. Tindak balas kimia yang berlaku menyebabkan air menggelegak dalam paip membuka ruang-ruang yang tersumbat tersebut. Alhamdulillah, masalah selesai selepas itu. Dah boleh basuh pinggan dengan tenang :).

Ulasan

  1. ni untuk sinki yang sumbat ke paip sumbat? kurang faham

    BalasPadam
  2. oooo...xprnh lak try cr ni.leh cbe ni.

    BalasPadam
  3. menarik sekali..nak cuba ni sbb paip sumbat lak kat rumah nie...huhuhu

    BalasPadam
  4. Apa nama kedai hardware yg jual soda batu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ingatla nama kedai. Tapi mana-mana kedai hardware biasanya memang ada jual.

      Padam
    2. batu soda 2 kak name lain ade x..

      Padam
  5. batu soda 2...name lain ade x..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...