Murtad dan Kristianiti

Assalamualaikum
Isu murtad bukanlah isu yang baru di negara kita . Dah banyak kali kita dengar semakin hari semakin ramai umat Islam di Malaysia memilih untuk menukar agama iaitu murtad. Oleh itu Himpunan Sejuta Umat yang bakal diadakan di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober ini di adakan bagi membendung ancaman kepada akidah umat Islam di negara ini. Malah himpunan ini  telah mendapat permit polis dan disokong kerajaan negeri.
Antara faktor mengapa umat Islam memilih jalan untuk murtad adalah bantuan kebendaan (material) yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu. Petikan berita (Utusan) ini amat menarik untuk dikongsi ...

        Bantuan material punca umat Islam murtad - Khadijah

SHAH ALAM 12 Okt. - Taktik menghulurkan bantuan material, menunjukkan rasa prihatin dan ambil berat yang ditunjukkan oleh gerakan Kristianiti merupakan faktor utama umat Islam di negeri ini memilih untuk murtad.
    Maklumat itu diperolehi Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya (UM) berdasarkan data kajian terpilih yang diperoleh dari 2006 hingga 2011 membabitkan testimoni 305 responden yang merupakan penganut baru agama Kristian di sekitar Selangor.
    Pensyarah jabatan itu, Prof. Madya Dr. Khadijah Mohd. Khambali berkata, berdasarkan testimoni, majoriti responden menunjukkan kecenderungan memeluk Kristian kesan daripada program yang dilakukan oleh gerakan Kristianiti antaranya dialog kehidupan dan dialog antara agama di kalangan umat Islam dengan bukan Islam.
"Secara rumusannya, jawapan yang diberikan responden membuktikan fenomena 'dialog kehidupan' dan 'dialog antara agama' yang menekankan keprihatinan, ambil berat, ambil peduli, menghulurkan bantuan material, sokongan moral dan mendengar masalah adalah punca utama mereka memeluk Kristian.
    "Jawapan mereka itu turut memperlihatkan sikap ambil peduli di kalangan komuniti Kristian telah menambat hati golongan penganut baru Kristian ini walaupun ada di antara mereka masih tetap mengakui kemuliaan Islam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk Gerakan Tabsyiriyah di Selangor pada Seminar Menangani Cabaran Kristianiti di Malaysia hari ini.
    Seminar itu dianjurkan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Dalam kajian itu juga, Khadijah menyebut bahawa berdasarkan testimoni, terdapat responden menyatakan mengalami masalah dalam kehidupan mereka termasuk kesukaran untuk mendapatkan bantuan zakat berbanding bantuan gerakan Kristianiti.
Selain menerima bantuan dan layanan baik daripada gerakan itu, katanya, golongan yang baru memeluk agama itu turut ditawarkan ganjaran wang tunai sekiranya berjaya menarik orang lain untuk menyertai gerakan tersebut.
   Katanya, jumlah ganjaran itu berbeza mengikut penganut agama tertentu iaitu RM3,000 diberikan kepada mereka yang berjaya memurtadkan seorang umat Islam manakala RM1,000 bagi setiap penganut Hindu atau Buddha.

Amat mengejutkan. Tapi itulah hakikatnya.

 Lebih banyak info di website HIMPUN dan Facebook HIMPUN.

Ulasan

  1. sbb tu kita disuruh berusaha cari harta, sbb kemiskinan akan menghakis keimanan.

    BalasPadam
  2. unfortunately, this thing not only happen to poor muslim..
    I've been told by my friends, a Muslim student refuse to go to Jumaat prayer for many time (in boarding school). So the warden could not handle it anymore and called my friend to handle the student.
    After soft approach taken, the student show him a christian cross necklace.
    And also admit, he have been paid RM2k if he escape 1 Jumaat prayer.

    that story happened 10 years ago...How about now?

    For me me, this thing also happen due to our weakness in Aqidah.

    BalasPadam
  3. Otak manusia memang didesain macam tu. mereka tak mau menderita. Pantang ada yang memberi material, tanpa berfikir panjang (syahadat yang telah dipertahankan selama ni) dengan mudah digugurkannya. Semoga kita kuat iman...

    BalasPadam
  4. nauzubillah .. teruk sangat ..

    BalasPadam
  5. Nauzubillah...sgt teruk..jauhkanlah dari kita semua hhuhu

    BalasPadam
  6. lama dah kes ni berlaku... badan agama patutnya segera bertindak.... harta zakat jangan nak buat mesjid beso2x sana sini ajee... sabda nabi : akan tiba masa akhir zaman nanti mesjid di buat untuk bermegah-megah.... renung2kan lah... Yg untung kroni yg dapat tender.... org yg memerlukan susah nak dapat duit zakat.... pas tu yg org murtad tu pulah akidah mudah dibeli dgn wang ringgit... habis laaa... nausubillah..

    BalasPadam
  7. iman umat islam dh semaklin lemah

    BalasPadam
  8. tu pasallah kita kena berfikir dulu sblm bertindak. dah ye ye je ada badan yang mmbantu org kita yang susah. tapi apa derang buat kat opis? main Facebook? bila agama dan bangsa lain menghulurkan bantuan terus meroyan tak tau malu masuk akhbar bagai. yang agama lain tu membantu je tanpa menunjuk2 kita tak terasa malu ke? malulah weh.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...