Saje-saje je tajuk tu. Hari ni rasa nak syer pasal motor sebab saya ni peminat motor berkuasa tinggi. Minat aje tapi belum memiliki lagi. Kalau ada rezeki yang lebih dah tak tau nak buat apa baru la saya beli kot.
Ok lah, peminat-peminat motorsikal mesti tidak asing dengan nama
KTM atau nama penuhnya
Kraftfahrzeuge Trunkenpolz Mattighofen (bukan Keretapi Tanah Melayu ye) keluaran negara Austria. Model popular kat Malaysia sekarang ni ialah DUKE 690 berharga RM40K lebih. KTM ni boleh dikategorikan sebagai motor conti macam DUCATI, APRILIA dan lain-lain lah. Jadi harganya agak mahal jika dibandingkan dengan model-model Jepun.
Namun, dijangkakan motor KTM ni akan di CKD kan menjadikan harganya lebih murah iaitu dalam lingkungan RM15K - RM20K. Tetapi bukan model DUKE 690 ye. Ianya adalah model
KTM DUKE 200.
|
KTM DUKE 200 |
|
Enjin 200cc |
|
Pelancaran KTM DUKE 200 oleh PM |
Motor ni dah dilancarkan bulan Ogos itu hari tapi sampai sekarang belum keluar lagi. Dengar kabar angin nak keluar awal tahun depan. Entah la, dah berapa kali tunda dah. Kat website mudah dah ada iklan tempahan boleh la nak tempah sesiapa yang berminat tu.
xminat model conti.jiwa ini lg seswai ngan model jepun n kapcai.huhuh
BalasPadam@aReLaN lain orang lain taste
BalasPadamyey
Padamni motor memang sodap bawak dalam kobunnn....
BalasPadameden tak minat haa nak boli moto mcm ni.
BalasPadam20k tu den buleh buat beli keta kecik satu..
lain la kalau gaji den berpuluh ribu.
time tu moto mcm tu den buek pegi masuk kobun
Motard motor..pergh....
BalasPadambest klau dpt 1....
BalasPadamtry dulu baru taw nk buat masuk kebun ka ap hehehe...klu nk buat race bkn ini la pilihan tp klu takat nk tapau pickup setiang dua ngn RXZ,RR,CBR 250,125Z,LC,SYM 250 dn yg setaraf...xdak masalah hehehe...
BalasPadam