Teknik Pelaburan Emas Yang Menguntungkan


Assalamualaikum...Lama tak post pasal emas. Kali ini nak kongsi sikit bagaimana caranya nak mengambil keuntungan melalui pelaburan emas. Secara asasnya untuk kita untung adalah dengan cara beli harga rendah kemudian jual pada harga yang lebih tinggi. Itu sahaja ke?

Ada berbagai cara untuk mendapatkan keuntungan. Salah satu caranya saya akan terangkan disini adalah dengan menggunakan kemudahan Ar Rahnu dan Akaun Emas ( contoh, KFH ).
Untuk memudahkan pemahaman, saya cuma ringkaskan caranya mengukut turutan seperti contoh dibawah.

1. Anda membeli emas perhiasan 50 g dengan harga RM5000 iaitu RM100 satu gram.
2. Anda gadaikan di Ar Rahnu dan mendapat pinjaman RM4000.
3. Dengan duit pinjaman sebanyak RM4000 tersebut, anda buka Akaun Emas ( contohnya KFH ) dan       mendapat 40g emas.
4. Kemudian biarkan sehingga harga emas naik. Katakanlan mengikut contoh yg terdekat harga emas meningkat 10% setiap 6 bulan. Jadi harga emas menjadi RM 110 per gram selepas 6 bulan.
5. Nilai emas dalam akaun adalah RM 4400 iaitu untung RM400.
6. Dah untung ni macam mana nak ambil. Berapa banyak nak ambil. Begini, RM400/RM110= 3.63. Jadi anda keluarkan 3 g emas sahaja iaitu RM330.
7. Dengan duit tersebut anda boleh membayar upah simpan di Ar Rahnu atau gunakan untuk menambah stok emas anda.
8. Barang kemas di Ar Rahnu boleh diaplikasikan teknik overlap seperti dalam post saya terdahulu.
9. Anda boleh ulang langkah setiap kali harga emas meningkat mengikut target keuntungan yang anda inginkan.

Sekian,
Selamat melabur!

Ulasan

  1. bagus melabur dalam emas...

    BalasPadam
  2. huhu,,terima kasih kerana berkongsi infoo,,sgt berguna

    BalasPadam
  3. wooo.. tapi sy kecik lg, tak arif nk kira duit ribo ribo heheh

    BalasPadam
  4. @kura
    xpe, kecik2 timba ilmu dulu. dah bsr byk ilmu nanti baru praktikkan.

    BalasPadam
  5. bijaknya bro! tak sangka kita boleh manipulate mcm ni heheeh thanks for sharing

    BalasPadam
  6. PINJAMAN 4000 TU KT KNA BYR DLM TEMPOH BP BLN?KALO XDE DUIT NK BYR CMNE PLAK?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pinjaman tu kena byr sebelum tarikh matang iaitu dlm tempoh 6 bulan. tetapi jika nak lanjutkan, boleh bayar upah simpan sahaja sebelum tarikh matang. kalau xde duit jg nak bayar,jual jela emas yg ada tu untuk tebus.Just reverse je. Ataupun buat overlap jika kenaikan harga boleh menampung kos upah.

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...