Pengalaman Raya 1- Biskut Hangus yang Mahal

Assalamualaikum ...Selamat Hari Raya. Cuti lagi ke? Saya dah keje dah hari Jumaat 2/9/2011. Ni nak cerita sikit pasal kuih   raya, Masa bulan pose haritu, saya telah menempah 100pcs  biskut Oat ngan budak office     ( member ni tolong jualkan je).  Rasanya memang sedap dan, bentuknya cantik je dia bulat-bulat mcm biskut chipsmore. Bila dah dekat nak raya, maka sampaila order...Jadi, beginila rupanya...

Dah la kemek-kemek...tak bulat-bulat macam sample haritu, hangus pulak tu. Dahla mahal RM52 tau..Masa kat office tak nampak sangat. Sampai rumah bukak balang..baru nampak banyak yang hangus. Kalau satu dua tu bolehla diabaikan. Nak pulang balik karang malu pulak member tu. Nak marah pun, saya tak tau pun sapa yang buat. Tak baik marah-marah dibulan puasa.

Maka, redho je la. walaupun rasa sakit hati bila tengok biskut ni. Macam ni la orang kita kalau berniaga. Bila dah banyak untung, dia dah tak kira kepuasan pelanggan. Kita nak tolong bagi dia untung, tapi dia buat kita macam ni..huhuhu Jahat tau.Tahun depan, buat kuih raya sendiri la...


Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...