Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sejak akhir-akhir ni, Iffah kuat sangat merajuk dan panas baran. Risau betul saya memikirkannya. Pada sesiapa yang dah bergelar ibu dan bapa, pasti faham apa yang saya rasa. Kepada yang masih single mingle tu, paparan kali ni, boleh dijadikan panduan bila sudah berkeluarga dan mempunyai anak kelak.
Artikel ni, saya ambil dari INFOSIHAT dan saya nak kongsikan kepada pembaca sebab pada saya ia sangat berguna.
Apakah yang dimaksudkan dengan panas baran ?Panas baran bermaksud luahan ketidakpuasan hati kanak-kanak atau tekanan yang dihadapi sehingga tidak tertanggung lalu menyebabkan kanak-kanak itu menjadi marah sehingga kadangkala menjejaskan emosi mereka seperti menjadi takut. Selalu berlaku pada kanak-kanak yang berumur 2-4 tahun dan terjadi kepada kanak-kanak laki-laki dan perempuan. Setengah kanak-kanak akan kerap mendapat panas baran dan setengahnya pula terjadi sesekali sahaja bergantung pada keadaan individu tersebut.
Apakah tanda dan gejala panas baran ?Tindakbalas yang berlaku ialah :
- Menangis
- Menjerit
- Menendang
- Menghentak
- Menahan nafas
Apakah yang menyebabkan panas baran berlaku ?Baran akan kelihatan apabila kanak-kanak itu
- Melontar benda atau barang
- Berasa letih, lapar atau tidak selesa
- Tidak mendapat apa yang dikehendaki
Bagaimana panas baran dapat ditangani ?Ciri-ciri yang dapat membantu ialah :
- Tidak mendapat perhatian
- Elakkan berada dalam keadaan yang menjurus ke arah panas baran tersebut jikalau boleh. Contoh : jauhkan daripada objek yang kanak-kanak dapat capai. Cuba alih perhatian Kanak-kanak itu jika perlu.
- Perlu diingat, terutama kepada kanak-kanak, kurang perhatian ( contoh membiarkan diri dimarahi oleh ibubapa ) adalah lebih baik daripada tidak mendapat layanan .
- Memberi penghargaan pada kelakuan yang baik adalah lebih elok daripada melayan kanak-kanak ketika dia baran.
- Tenangkan diri. Panas baran kanak-kanak akan bertambah teruk jika kita sendiri berada dalam keadaan tidak tenang.
- Perlu bersikap tegas.
- Cari penyebab berlakunya baran tersebut dan cuba selesaikan secara beransur- ansur.
- Jika kanak-kanak itu mendapat baran disebabkan dia ingin memiliki sesuatu yang dia tidak dapat, biarkan dan jangan layan kehendaknya tetapi perlu diawasi supaya dia berada dalam keadaan selamat.
- Masa rehat (Time out )
Jika panas baran menjadi lebih buruk time out (masa rehat) sangat sesuai kepada kanak-kanak yang berumur lebih daripada 3 tahun. Pindahkan kanak-kanak itu dari tempat yang menjadikan dia baran dan letakkan dia di satu sudut di atas kerusi dalam jangkamasa tertentu, beri dia masa sekurang-kurangnya 1 minit untuk setiap tahun umurnya lakukan begitu sehingga dia dapat mengawal baran dan dapat tenangkan perasaannya. Beritahu dia kenapa dia perlu berbuat demikian. Bila kanak-kanak itu sudah selesai di beri masa rehat, jangan marah dia lagi, beri pujian kepadanya kerana ianya dapat menenangkan diri dan dapat mengawal dirinya sendiri.
Nice info.Tq
BalasPadamkids punya panas baran kadang2 lagi worst dari orang dewasa :)
BalasPadamthnx fr sharing :)
terima kasih,,nice entry sangat bermanfaat ;)
BalasPadamnice info, suka entry ni...
BalasPadammcm 2 rupenye...
BalasPadamada lagi 1....masa masak kan....sebut la Ya Latif (lembut) insya'Allah...hati anak itu akan lembut ( ni mak saya bagi tau la)
BalasPadam@My SweetPea
BalasPadampetua yg bagus! terima kasih ya
kalu budak2 sekolah yang panas baran cmne kita n atasi lak?huhu.
BalasPadam