Jem di LPT ( Lebuhraya Pantai Timur)

Nak luahkan perasaan yang terpendam kat sini.

Masa balik dari Temerloh menuju ke KL malalui LPT(Lebuhraya Pantai Timur) semalam (Ahad, 18/09/11, jam 1700) , jem yang amat teruk dan amat panjang telah berlaku di LPT. Tambahan pula ramai yang ingin pulang ke KL setelah bercuti di kampung. Perasaan waktu itu bercampur-baur antara marah, kasihan (kalau ada orang eksiden) dan tertanya-tanya. Siapalah yang bernasib malang terlibat dalam kemalangan ni yang menjadi punca kepada kesesakan ni?

Setelah berjam-jam terperangkap dalam kesesakan  dari hentian sebelah Lanchang hingga hampir ke Plaza Tol LPT maka jawapan  kepada persoalan  pun terjawab.
Jawapannya ialah..... ada kerja pembaikan jalan, jadi 1 lorong ditutup.

Lorong kiri ditutup

Buat hari lain boleh tak?

Amboi rileks nampak


HUHUHU...terima kasih di atas kecekapan pihak yang menguruskan LPT ni menjalankan kerja-kerja pembaikan  ketika ramai pengguna lebuh raya yang melaluinya terutama sekali pada cuti umum. Sabar......Cakap banyak pun tak guna.

Diharap pihak yang bertanggungjawab dapat meningkatkan kecekapan dalam penjadualan dan pengurusan kerja mereka supaya tidak menyusahkan pengguna LPT
Fuh...

Ulasan

  1. rasanya semalam, kat mane2 pun jem termasuklah malam td di PLUS dari bidor ke rawang..byk kereta tp smooth!

    BalasPadam
  2. @makdara TERdivakereta banyak tapi smooth xpe, ni lorong 2 tapi kereta dah jadi 4 lorong berebut nak kuar 1 lorong huhu

    BalasPadam
  3. kasihannya...
    harap bersabar la ye..:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas komen anda yang CUTE..:)
Sila Datang Lagi...