Tip Mengurus Perbelanjaan di Musim Perayaan:
1. Ubah gaya hidup
- Beli barangan keperluan dan bukan kehendak
- Jika menggunakan kad kredit, pastikan anda membuat bayaran penuh (full settlement) bagi mengelakkan hutang tertunggak
- Amalkan sikap berjimat cermat dan perbelanjaan bukan untuk menonjolkan kemewahan
- Jangan mudah terpengaruh dengan promosi dan tawaran
2. Membuat bajet yang realistik
- Mulakan dengan membuat penilaian semua perbelanjaan anda.
- Tetapkan jumlah yang anda ingin belanja dan jumlah yang ingin disimpan
- Jika anda mempunyai kedudukan kewangan yang agak terhad, kenalpasti perkara yang paling penting untuk anda belanjakan.
- Belanja ke atas barangan keperluan dahulu
3. Berbelanja lah secara bijak.
- Semak senarai harga barangan
- Buat senarai barangan yang anda ingin beli dan bawa senarai tersebut sewaktu membeli belah untuk mengelakkan pembelian secara mendadak (impluse purchase)
- Untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan, bawa jumlah wang yang mencukupi untuk membeli barangan yang disenaraikan
- Rancang perbelanjaan dengan teliti dengan membuat perbandingan harga
- Seringkali menjelang musim perayaan, harga barangan akan melambung tinggi. Maka, elok sekiranya perbelanjaan di buat lebih awal dari tarikh berhampiran dengan perayaan.
- Rekod segala perbelanjaan yang dibuat bagi merancang perbelanjaan akan datang dengan lebih teliti, jika terlebih berbelanja, berusaha lah untuk berjimat serta mengurangkan perbelanjaan.
jum tukar-tukar link
nice sharing.. :)
BalasPadamgood sharing,,, sme2 la kte berjimat dmusim perayaan ^^
BalasPadam